Sunday, 27 November 2016

E-dagang

https://www.google.com/alif1988nt


b)        Sejak kemunculan Internet sejak pertengahan 90-an, dunia telah mengalami tranformasi yang signifikan dari segi kaedah perniagaan, ekonomi, sosial dan politik. Misalnya, e-dagang yang dijalankan melalui infrastruktur internet telah menyebabkan landskap perniagaan berubah secara menyeluruh. Malaysia juga tidak terkecuali dari dunia digital ini walaupun menghadapai pelbagai cabaran dan halangan.
Huraikan secara terperinci penggunaan e-dagang oleh usahawan-usahawan di Malaysia. Huraian, perbincangan dan cadangan perlu mengandungi:
i.          Sejarah dan evolusi e-dagang
ii.         Kepentingan e-dagang dalam perniagaan.
iii.        Tahap pengunaan e-dagang di Malaysia
iv.        Cabaran/halangan penggunan e-dagang
v.         Faktor-faktor pendorong penggunaan e-dagang
vi.        Kesimpulan
vii.       Rujukan

i.          Sejarah dan evolusi e-dagang
E-dagang mula diperkenalkan pada tahun 1994. Perkataan e-dagang  juga turut dikenali sebagai “perdagangan elektronik” telah mengalami perubahan mengikut peredaran masa. Pada awal permulannya, perdagangan elektronik adalah merupakan satu bentuk urusniaga komersial. Ianya telah digunakan bagi menghantar dokumen komersial seperti pesanan pembelian atau invois secara di dalam talian.
Pada tahun 1998, perolehan daripada perniagaan melalui atas talian e-dagang di Amerika Syarikat yang sebanyak US31 telah meningkat sehingga US183 juta pada tahun 2003, iaitu sebanyak 500 peratus peningkatan. Ini menunjukkan bahawa bahawa e-dagang adalah satu cabang perniagaan serta pemasaran kini yang  terpenting bagi membantu sesebuah organisasi atau syarikat itu supaya dapat menembusi sesebuah pasaran terutama pasaran di peringkat global.
Sejak dari dulu lagi, umum telah diperkenalan dengan sistem perniagaan melalui pembelian di kedai-kedai atau pasaraya-pasaraya serta pemilihan terhadap barangan yang diperlukan.
Pada permulannya, aktiviti-aktiviti e-dagang ini dijalankan dengan tujuan perniagaan semata-mata bagi maksud pembelian melalui atas talian. Pada tahun 1990-an, penggunaan e-dagang ini telah berkembang dengan begitu pesatnya dan  menggunakan rantaian serta integrasi di antara semua sama ada melibatkan pembeli, penjual dan seterusnya  individu-individu yang menyediakan serta perkhidmatan atau barangan berkenaan dan kini penggunaan e-dagang ini satu keperluan di dalam hampir semua urusniaga. Pada permulaan perlaksanaan e-dagang ini pada peringkat awal, hanyalah 2 % daripada 4.8 juta urusniaga perniagaan perniagaan menggunakan e-dagang dalam menjalankan transaksi perniagaannya.
Pada masa tersebut juga, banyak di kalangan masyarakat khususnya masyarakat Malaysia begitu keliru dan tidak begitu yakin bagi memebuat pesanan akan sesuaut barangan itu melalui penggunaan sistem transaksi secara elektronik kerana pada masa itu terdapat banyak andain yang mengaitkan kes-kes penipuan serta fraud di dalam urusniaga melalui atas talian seperti pemalsuan kad kredit atau penubuhan syarikat palsu.
Sehinggalah pihak bertanggungjawab telah meningkatkan tahap keselamatan terhadap perisian mereka, dan juga turut dibantu dengan kemunculan teknologi enkripsi data seperti Secure Socket Layer (SSL) dan jugaSecure Electronic Transaction (SET). Perubahan tersersebut telah memberi keyakinan kepada para penggunan untuk mengunakan sistem perniagaan secara elektronik ini.
Akibat daripada perubahan ini, sistem e-dagang ini telah berkembang menjadi suatu aktiviti perniagaan yang dikenali sebagai “perdagangan web”.
Ini adalah kerana pembelian barang boleh dilaksanakan melalui atas talian Perkhidmatan-perkhidmatan barangan tertentu seperti pembelian tiket kapal terbang, buku, kek, dan apa jua barangan kini boleh dijual dan boleh dipesan melalui sistem atas talian ataupun internet. Sebaik sahaja menerima pesanan dan menerima bayaran melalui penggunaan  transaksi elektronik, barangan tersebut akan dihantar terus kepada pelanggan. Fenomena ini memberi kepuasan yang tinggi kepada pengguna khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk mengunjungi kedai-kedai terbabit.
Banyak lagi inovasi yang akan berlaku dalam tempoh yang singkat membabitkan penggunaan e-dagang dalam kehidupan kita. Oleh yang demikian. kita melihat kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan minat rakyat untuk mendekati dan mengenali teknologi maklumat khususnya internet dalam kehidupan seharian. Hal ini adalah kerana, e-dagang menggunakan teknologi sebagai platform utama perkembangannya. Justeru, pasaran utamanya adalah mereka yang menggunakan internet. Semenjak tahun 1997, usaha telah dijalankan untuk meningkatkan penggunaan internet dalam kalangan generasi muda. Kini, terdapat lebih sejuta rakyat Malaysia berdaftar dengan syarikat yang membekalkan perkhidmatan internet seperti TMnet, JARING dan sebagainya.

ii.         Kepentingan e-dagang dalam perniagaan.
Melalui sistem E-dagang ini berupaya mengerakkan sesebuah perniagaan berjalan walaupun tanpa mempunyai satu premis perniagaan yang besar atau memerlukan bilangan pekerja yang ramai. Dengana memiliki kelengkapan IT yang sempurna dan bersesuaian seperti komputer, modem dan talian telefon bagi kemudahan untuk akses kepada Internet, maka produk dan perkhidmatan boleh diiklankan melalui Internet secara dalal talian. Ini membolehkan jutaan pengguna melayari iklan yang dimasukkan di dalam talian dan ini membolehkan mereka membuat pemilihan terhadap produk atau perkhidmatan yang diperlukan. Sesuatu yang begitu menarik mengenai penggunaan sistem E-Dagang ini  ialah jumlah pengunjung yang melayari sesuatu yang di iklankan itu  mungkin boleh mencecah jutaan orang berbanding dengan iklan yang  dipaparkan melalui surat khabar, majalah ataupun melalui edaran poster, risalah dan sebagainya.
Sistem E-dagang kini telah digunakan secara meluas terutamnya di negara-negara barat malahan ianyan diakui oleh syarikat antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sistem di dalam sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan. Di bawah ini disenaraikan beberapa kepentingan serta kelebihana akan penggunaaan sistem E-Dagang ini. Di antaranya ialah:
1.    Mengatasi Masalah Jarak dan Masa serta Kos Pengiklanan
Kemunculan e-dagang adalah tepat pada masanya dan menguntungkan semua pihak. Memandangkan prospek perniagaan e-dagang melangkau sempadan jarak, ia tidak semestinya tertumpu di Bandar-bandar besar sahaja. Usahawan di kampung juga boleh menjalankan perniagaan menjual sos cili, jagung manis serta ubi kentang ke luar Negara hanya dengan melakukannya di rumah. Apa yang diperlukan adalah keupayaan menguasai Internet dan e-dagang, serta teknik pengurusan dalam membungkus produk, menghantar pesanan dan menguruskan akaun elektronik. Di sinilah kita dapat melihat kekuatan sebenar perniagaan berteraskan e-dagang dalam memacu ekonomi Negara melalui penglibatan lebih ramai usahawan kecil dan sederhana dalam bidang perniagaan. Peniaga juga dapat menjimatkan kos pengiklanan. Usahawan kini mampu mengiklankan produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan mereka di laman-laman  sosial seperti di Facebook dan Twitter dengan pantas dan berkesan tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan  yang agak tinggi.
2.     Pasaran Yang Meluas
Secara umumnya, pelanggan yang menggunakan e-dagang terdiri daripada mereka yang menggunakan Internet. Di Malaysia, kita dapat melihat budaya masyarakat yang membawa komputer riba (notebook) ke mana-mana sahaja bagi memudahkan mereka melakukan urusan jual beli menggunakan e-dagang. Banyak transaksi e-dagang yang melibatkan pelajar adalah untuk pembelian buku, pakaian, makanan, dan perkakasan komputer. Ada juga pembelian dibuat untuk barangan di luar Negara.
Prospek pasaran yang luas ini juga tidak terhalang oleh faktor geografi sesuatu kawasan. Hal ini adalah kerana semua produk yang diiklankan menerusi Internet boleh dicapai oleh pengguna dari serata dunia. Sebagai contohnya, seorang usahawan tani dari Selangor telah berjaya mendapat kontrak beratus ribu ringgit setahun untuk membekalkan ubi kentang ke beberapa kilang tempatan yang mengeluarkan produk makanan ringan berasaskan kentang. Usaha ini terhasil apabila usahawa tersebut mengiklankan produknya menerusi Internet dengan bantuan Jabatan Pemasaran Pertanian daerah. Kini, beliau boleh berbangga kerana walaupun tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, beliau berjaya meneroka dan menguasai pasaran pertanian khususnya ubi kentang yang dianggap sukar untuk mendapat keuntungan besar.
Justeru, pasaran yang luas telah membuktikan apabila usahawan menjalankan perniagaan secara e-dagang dengan memenuhi permintaan pelanggan dari seluruh dunia. Usaha membawa produk seperti belacan, rempah, kicap dan buah-buahan tempatan ke pasaran antarabangsa bukan lagi impian malah boleh menjadi kenyataan seperti mana yang produk-produk luar Negara dengan pelbagai jenis dan jenama boleh menembusi pasaran tempatan sehingga ada yang boleh dibeli di kedai runcit di kawasan pedalaman setiap negeri di Malaysia.
3.    Mampu Mengurangkan Kos Perniagaan
Kebanyakan usahawan khususnya bumiputera sering menghadapi masalah untuk memulakan perniagaan disebabkan ketiadaan modal mencukupi. Peruntukan untuk menyewa premis perniagaan bukanlah murah, selain daripada kos pengubahsuaian agar premis kelhatan cantik dan mampu menarik perhatian pembelia. Kebanyakan produk juga perlu dibayar secara tunai dan peniaga juga perlu menggaji pekerja bagi membantu menguruskan perniagaan dengan lebih cekap. Semua ini jelas memerlukan modal yang besar sebelum pulangan daripada perniagaan tersebut diperolehi.
Hal ini menyebabkan kebanyakan orang tidak berminat menceburi bidang perniagaan khususnya keusahawanan biarpun mereke mempunyai sumber yang boleh diniagakan. Justeru, kaedah e-dagang boleh dipratikkan oleh golongan ini. Melalui e-dagang, usahawan berpotensi untuk mendapatkan pelanggan amatlah besar. Sebagai contohnya, usahawan yang mengiklankan produk cenderamata berasakan mengkuang di Internet bakal mendapat pesanan daripada pihak-pihak yang berminat untuk menjual produk tersebut di Negara mereka.
Dengan ini, konsep e-dagang telah membuktikan bahawa usahawan bakal menerima tempahan yang besar, bergantung kepada permintaan pasaran di dalam dan luar Negara tanpa membina sebuah kilang, usahawan dapat dengan kemampuannya membawa produk kecilnya menembusi pasaran dalaman mahupun antarabangsa. Oleh yang demikian, perniagaan menerusi e-dagang tidak memerlukan kelengkapan yang besar seperti kedai yang luas, jentera yang canggih, bilangan pekerja yang ramai dan sebagainya. Kunci kepada dunia perniagaan telah dibuka dan peluang untuk rakyat menikmati kekayaan menerusi teknologi maklumat kini terbuka dengan luasnya.
4.     Peluang Berinteraksi Dengan Sektor Korporat
Perkembangan dalam dunia ekonomi digital telah mendorong banyak syarikat tempatan dan luar Negara membangunkan e-dagang masing-masing. Hal ini bagi menyediakan mereka dengan persekitaran budaya perniagaan secara e-dagang yang dapat mengurangkan kos, memperbaiki kecekapan operasi, meningkatkan kesetiaan pelanggan, memperluaskan pasaran serta memberi keuntungan antara pembekal dan pengedar produk.
Banyak tapak laman web baru yang muncul dan menawarkan e-dagang sebagai satu cabang pelaburan baru dalam perniagaan mereka. Beberapa syarikat tempatan seperti Hitechniaga dan sebagainya telah membangunkan tapak web khusus untuk golongan usahawan IKS mendirikan perniagaan di internet. Usaha ini dilihat sangat bertepatan bagi menggalakkan golongan peniaga melibatkan diri dalam persekitaran perniagaan secara digital.
Negara juga beruntung kerana kini terdapat banyak graduan yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat berjaya membangunkan pelbagai perisian yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Malah, ramai anak tempatan telah diambil bekerja oleh firma-firma besar seperti Intel, Microsoft, DHL dan sebagainya telah menwujudkan satu komuniti pengguna internet yang besar dan bertambah pada setiap tahun serta terus memberi sokongan terhadap e-dagang di Malaysia.

iii.        Tahap pengunaan e-dagang di Malaysia

Malaysia kini telah mencatatkan peningkatan kadar di dalam penggunaan perbankan Internet, dengan hanya 12.5 peratus pengguna didapati tidak pernah menggunakan perbankan Internet sekurang-kurangnya sekali, Institut Kewangan Asia (AIF).
Menurut sumber Berita Bernama Ogos 2016, perbankan dalam talian digunakan secara berkala oleh satu pertiga atau lebih ramai pengguna bagi membuat pembayaran di kedai iaitu sebanyak 36 peratus, manakala akses kepada akaun masa nyata adalah sebanyak 35 peratus, pembayaran kad kredit adalah sebanyak 35 peratus, pembayaran bil sebanyak 33 peratus dan carian untuk produk dan perkhidmatan kewangan sebanyak 33 peratus. Kepesatan penembusan jalur lebar ini telah membolehkan bank komersial tempatan memperkenalkan perbankan elektronik di Malaysia. Walaupun sistem perbankan elektronik masih diperingkat permulaan di laksanakan di Malaysia namun kemudahan ini di dalam proses perkembangan seiring dengan kepesatan penggunaan E-dagang. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM 2016) menggalakkan penggiat industri, termasuk pengendali perkhidmatan pos dan kurier utama, untuk menyokong keperluan komuniti e-dagang dengan mengeluarkan Antara muka Pemprograman Aplikasi (API). Perkhidmatan dengan API boleh membantu meningkatkan pengalaman peniaga dan pengguna untuk kaedah lebih fleksibel menghantar data pelaksanaan masa nyata. Dengan lebih banyak API  diperolehi, ekonomi e-dagang akan dapat dikukuhkan lagi, malahan ianaya dapat  tumbuh dengan lebih cepat kerana lebih banyak pengguna yang terdiri daripada peniaga dan pelanggan menggunakan platform pelaksanaan e-dagang. Malaysia berada pada titik infleksi pertumbuhan e-dagang dengan jualan runcit dalam talian pada kira-kira satu peratus berbanding 7.8 peratus di Eropah, China (7.2 peratus) dan Amerika Syarikat (5.8 peratus). (Ketua Pegawai Komunikasi, Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus).

Sehubungan itu, Syarikat di Malaysia perlu memanfaatkan laman web dengan aplikasi mudah alih bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka kerana beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa Malaysia merupakan satu daripada lima negara tertinggi di dunia yang mengakses internet melalui telefon pintar. Pengarah Urusan Google Malaysia iaitu Sajith Sivanandan mendapati bahawa berdasarkan kaji selidik pada tahun 2014 yang dijalankan sebanyak 51 peratus penggunaan internet di Malaysia adalah melalui telefon pintar, berbanding 39 peratus menggunakan komputer dan menjadikan Malaysia sebagai negara nombor satu di dunia untuk akses internet secara eksklusif menggunakan telefon pintar. (Utusan Oktober 2014)

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) juga menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai program platform e-Dagang bagi meluaskan lagi pasaran ke luar negara. (Utusan Online Mei 2016). Dalam  kajian Azilahwati Adam beliau berpendapat bahawa  perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan peranan penting terhadap pembangunan ekonomi di Malaysia. PKS yang mana terdiri daripada pelbagai bentuk perniagaan kecil dan sederhanan ini dilihat menjadi tulang belakang kepada ekonomi sebuah negara yang membangun Malaysia.

iv.        Cabaran/halangan penggunan e-dagang
Terdapat pelbagai masalah sama ada di pihak pengguna, mahupun pengusaha atau peniaga. Di antara cabaran atau halangan terhadap penggunaan e-dagang adalah :-
1.     Budaya Masyarakat Kurang Yakin Terhadap Sistem Keselamatan E-Dagang
Masalah budaya dan kekurangan pendedahan kepada Internet merupakan antara masalah yang menjadi penghalang kepada kejayaan e-dagang di kalangan rakyat di Negara ini. Walaupun Negara kita semakin maju, namun masih terdapat rakyatnya yang tidak mahir dalam penggunaan komputer dan Internet khususnya rakyat yang tinggal di kawasan luar Bandar. Disamping itu, budaya masyarakat di Malaysia lebih selesa berinteraksi atau bersemuka dengan penjualnya semasa membeli sesuatu barangan.
Hasil kajian yang telah dijalankan oleh SKMM (2010) mendapati, sebanyak 66.3 % pengguna lebih gemar untuk membeli di kedai atau pasaraya membeli di Internet atau secara on-line. Ini kerana pengguna masih lagi berasa kurang yakin dan risau terhadap sistem keselamatan e-dagang. Keadaan ini tentunya berlawanan dengan konsep pembelian menerusi perniagaan e-dagang. Melalui e-dagang segala urusan penjualan dan pembelian dilakukan secara maya di mana tanpa bersemuka atau mengenali antara satu sama lain, urusan penjualan dan pembelian berlaku.
2.     Kekurangan Pengetahuan Dalam Konsep E-Dagang
 Masalah seterusnya ialah kekurangan pengetahuan dan pendedahan di kalangan pengguna tempatan berkaitan dengan konsep e-dagang, lebih-lebih lagi di kawasan pendalaman. Biarpun kemudahan Internet telah lama wujud, namun sebahagian daripada pengguna tempatan masih tidak memahami konsep e-dagang dan cara ia berfungsi. E-dagang bukan satu revolusi tetapi ia merupakan satu evolusi. Walaubagaimanapun, kebanyakan pengguna internet dan vendor gagal dalam mempromosikan bahawa konsep e-dagang hanya merupakan satu pengembangan kaedah jualan tradisi kepada jualan elektronik dalam proses perniagaan.
3.     Masalah Penipuan
 Penipuan lebih mudah berlaku dalam perniagaan melalui Internet. Ini disebabkan tiada peluang berinteraksi secara terus antara pihak pembeli dan peniaga. Kegagalan transaksi perniagaan apabila talian Internet tidak berfungsi dengan baik akan menimbulkan kerisauan di kalangan pembeli. Selain itu, kebimbangan terhadap kegiatan penggodaan, penipuan dan pembongkaran identiti/ maklumat pembeli serta rahsia kewangan turut menjadi faktor penolakan di kalangan pengguna. Bagi pihak peniaga pula, mereka juga berwaspada dengan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi sistem ke arah keuntungan mereka. Begitu juga, system money laundering yang diperkenalkan oleh sesetengah pihak melalui penipuan.
4.     Kos Internet Yang Tinggi
Kos akses kepada Internet yang agak mahal menjadi penghalang kepada sesebuah organisasi perniagaan dan para pelanggan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan produk atau perkhidmatan sesebuah perniagaan itu.. Para peniaga dan pelanggan akan menghadapi masalah sekiranya kos bagi mengakses Internet melibatkan kos yang tinggi. Malah, ianya turut akan membantutkan perkembangan penggunaan sistem e-dagang kerana elemen utama dalam di dalam penggunaan sistem e-dagang ini ialah Internet. Sekiranya kos bagi Internet mahal atau tinggi, ianya pastinya akan menyukarkan banyak pihak. Selain itu, ianya turut penghalangan untuk pengguna membeli sesuatu produk atau perkhidmatan menerusi Internet.

v.         Faktor-faktor pendorong penggunaan e-dagang
Faktor – faktor pendorong kepada penggunana e-dagang ialah:
1.     Individu
Faktor individu terhadap penggunaan sistem e-dagang ini merujuk kepada pengguna yang mampu dan boleh acces kepada internet melalui penggunaan media e-elektronik seperti komputer peribadinya sendiri, laptop, netbook, telefon pintar dan juga modem dan turut mempunyai akaun di lama web mana-mana syarikat atau organisasi yang telah mengiklankan barangan atau perkhidmatannya menerusi internet. Perniagaan yang dijalankan secara talian ini juga tidak mempunyai halangan dari aspek geografi. Produk atau perkhidmatan yang dipasarkan melalui dalam talian ini boleh dicapai oleh pengguna dari seluruh pelusuk dunia. Ini membolehkan individu tersebut membeli-belah secara 24 jam daripada mana- mana lokasi.
Selain daripada itu juga, sistem e-dagang turut menyediakan pengunanya dengan pelbagai pilihan serta menyediakan produk atau perkhidmatan yang lebih murah yang mana pengguna mamapu membuat perbandingan, penghantaran lebih cepat, maklumat yang lebih terperinci, lelong, interaksi dengan pelanggan lain dan juga sebagainya.
Faktor yang menyebabkan seseorang individu tersebut menggunakan e-dagang juga adalah disebabkan stok dan juga keselamatan. Sebagai contoh, penggunaan internet boleh menggantikan fungsi seorang broker saham. Urusan pembelian dan juga penjualan saham boleh dilakukan tanpa melalui orang tengah.
2.     Organisasi
Faktor yang mendorong sesebuah organisasi menggunakan e-dagang dalam perkhidmatan mereka adalah kerana e-dagang kini semakin meluas digunakan di kalangan masyarakat internet terutamanya di negara – negara barat. Hal ini telah bermula sejak pertengahan tahun 1990an lagi. Malah, e-dagang juga telah diakui oleh syarikat – syarikat antarabangsa dan juga pakar- pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi. E-dagang juga telah menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke peringkat antarabangsa.
Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah e-dagang ini adalah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat – syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan. Dengan menggunakan kaedah ini, pertukaran maklumat dan juga transaksi perniagaan dapat dijalankan dalam sekelip mata. Cara ini dapat menggantikan cara yang dahulunya mungkin dibelenggu oleh kerenah birokrasi dan juga pengisian borang – borang kertas. Secara idealnya, semua ini dapat dijalankan dengan lebih efisyen oleh semua pihak yang terlibat dalam rangkaian e-dagang. Kaedah ini juga tidak dibelenggu oleh isu – isu ketidakserasian ataupun piawai teknologi dan juga telekomunikasi yang tidak serupa. Ini telah ditawarkan oleh teknologi internet yang menggunakan protokol telekomunikasinya yang dipanggil TCP/ IP yang telah diterima pakai sebagai satu piawaian yang membolehkan sebarang pelantar komputer dapat saling berhubung dan juga bertukar maklumat dengan mudah. Para pengguna web juga dapat berinteraksi dengan dunia web dengan mudah dengan hanya menggunakan ssebuah perisian pelayar.
Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat juga dapat membantu mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan sesebuah transaksi perniagaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada para pelanggan. Sebagai contoh, apabila pelanggan membuat penempahan pembelian melalui e-dagang, tempahan tersebut boleh dihantar dengan serta merta kepada beberapa bahagian dalaman yang berkenaan. Bahagian itu adalah seperti bahagian penjualan, bahagian logistik dan juga bahagian pembuatan. Oleh itu, pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen.
3.    Masyarakat
Apa yang diharapkan oleh e-dagang adalah kecepatan penghantaran dan juga penerimaan barangan ataupun perkhidmatan. Di samping itu juga, terdapat maklumat produk yang lebih terkini dan rapi serta terdapat kemudahan membuat pesanan online. E-dagang juga mengharapkan peningkatan usaha pemasaran massa dan juga penyingkiran orang tengah. Seandainya kesemua ini dapat diwujudkan maka matlamat mutakhir adalah harga barangan dan juga perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan juga kompetitif. Sesebuah syarikat atau individu mampu melakukan transaksi jual beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat yang terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana e-dagang ini adalah pemilikan kelengkapan IT yanng sesuai dan juga prasarana telekomunikasi yang akan membolehkan anda mengakses internet. Dengan itu, lebih ramai lagi individu akan bekerja di rumah serta mengurangkan perjalanan untuk membeli belah. Selain itu juga, kesesakan trafik dan pencemaran udara dapat dikurangkan. Harga barangan juga akan menjadi lebih murah dan kos hidup juga akan menjadi lebih murah.
vi.        Kesimpulan
Secara keseluruhnya, e-dagang adalah landasan perniagaan melalui Internet yang membawa pelbagai perubahan dalam kehidupan masyarakat peniaga dan pengguna pada abad ini. Melalui e-dagang, peniaga mempunyai peluang untuk memperolehi maklumat mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan yang berada di pasaran. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi pemasaran melalui laman web perlulah mempunya unsur fleksibel memandangkan perubahan pasaran yang sentiasa berubah-ubah dan sukar diramalkan.
Selain itu, konsep perniagaan e-dagang telah mencetuskan satu fenomena yang baru di dalam bidang perniagaan, bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. Perniagaan yang berlandaskan kepada penggunaan sistem dalam talian di dalam industri teknologi maklumat ini telah memberikan satu impak yang amat baik terhadap perkembangan pesat dalam bidang perniagaan. Boleh dikatakan perubahan dalam industri IT adalah yang paling pantas sejak bermulanya revolusi perindustrian pada abad ke-19 dahulu. Industri IT adalah dinamik sekali apabila ia mengambil masa kurang daripada 20 tahun untuk berkembang.





VII.      Rujukan
Ang Chiew Seng. 2012. E- Dagang kuasa penggerak perniagaan baru.
Majalah Ekonomi, September : 28-32.
Abdul Manaf Bohari. 2005. Isu-Isu Profesional ICT Di Malaysia.
Petaling Jaya, Selagor : IBS Buku Sdn. Bhd.
Ahmad Shabery. 2015. Potensi E-Dagang Belum Dimanfaatkan Sepenuhnya.
Bernama, 29 Jun 2015
E-Dagang : Satu konsep perniagaan baru. ( 2013 ) .
Berita Harian, 23 Mac : 10.
E-Dagang dan perniagaan melalui internet. ( 2006 ) .
Muhamad Ridzuan Amin Lina Ahmad. 2009. E-dagang Dan Anda.
Selangor : Pustaka Seri Idaman.

No comments:

Post a Comment