KEPENTINGAN, POTENSI DAN CABARAN PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN DI MALAYSIA
PENGENALAN
Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut, majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan.
Pertanian adalah merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi sumber makanan, kewangan dan ekonomi. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan pertanian, seseorang itu mampu menjana pendapatan yang lebih besar dan bukan sekadar untuk keperluan dirinya sahaja. “ Pertanian adalah perniagaan “ sememangnya ada kebenaran. Situasi yang membolehkan aktiviti pertanian itu menjadi satu perniagaan boleh terjadi apabila pengeluaran hasil pertanian pekebun atau peniaga ini tadi bukan sahaja telah melebihi keperluan sara hidup diri, malahan telah dapat memberi keuntungan kepada pengusahanya tadi. “ Pertanian adalah perniagaan “ juga merupakan visi yang sangat popular. Ia bertujuan untuk mentransformasikan Malaysia daripada sebuah negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian. Persepsi rakyat terhadap sektor pertanian juga perlu diubah dan rakyat perlu lebih berani mengambil risiko serta mula berbakti kepada tanah. Pertanian perlu diceburi oleh segenap lapisan umur dan bukan hanya petani-petani yang sudah lanjut usianya.
Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukanlah bersifat satu langkah ke belakang. Usaha ini dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dan seterusnya membantu menambah hasil pendapatan negara.
ISI-ISI
2.1 KEPENTINGAN BIDANG PERTANIAN
Mampu Mengembangkan Industri Desa
Hal ini jelas terbukti melalui penubuhan industri kecil sederhana ( IKS ) yang membentuk penduduk di luar bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka. Antaranya ialah dengan pelancaran program “ Satu Daerah Satu Industri “ yang memberi fokus kepada sektor pertanian. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan luar bandar meningkatkan pendapatan mereka melalui sektor pertanian. Sememangnya, berbudi kepada bumi pasti tidak akan menyesal. Jelaslah bahawa industri pertanian ini dapat mengembangkan industri desa dan menaikkan taraf hidup rakyat.
Sistem Perhubungan Juga Mampu Dimajukan Dengan Sektor Pertanian
Semasa era penjajahan British, jalan raya telah dibina untuk memudahkan mengangkut hasil pertanian ke pelabuhan. Negara-negara maju di dunia juga terkenal dengan kemajuan sistem perhubungan mereka menerusi kegiatan pertanian. Jika di Sabah dan Serawak, bentuk muka bumi yang berbukit bukau menjadi rintangan untuk memajukan sektor pertanian mereka. Oleh sebab negeri-negeri tersebut kaya dengan hasil hutan, pesawat ringan telah digunakan untuk mengangkut hasil pertanian. Maka jelaslah bahawa industri pertanian ini mampu memajukan sistem perhubungan di sesebuah kawasan.
Menambah Peluang Pekerjaan
Industri pertanian ini sebenarnya mampu menyelesaikan masalah pengangguran yang menghantui rakyat Malaysia ketika ini. Bagi memulihkan persepsi rakyat terutamanya generasi muda terhadap pertanian, kerajaan telah menyenaraikan banyak intensif dan kemudahan bagi mendorong mereka menyertai sektor pertanian ini. Pelbagai program pertanian yang bernafas baru dan berinovasi khusus untuk menambahkan produktiviti serta pendapatan petani di Malaysia telah diperkenalkan.
Pertanian Juga Dapat Dijadikan Perniagaan Apabila Konsep Agro Pelancongan Diterapkan
Agro pelancongan dibangunkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani manakala Kementerian Pelancongan membantu dari aspek promosi. Ia adalah satu konsep pelancongan yang berkembang pesat kerana Malaysia kaya dengan keindahan alam semulajadinya. Pelbagai aktiviti berkaitan dengan sektor pertanian dan perladangan disediakan kepada para pelancong. Antara aktiviti yang mendapat sambutan dalam agropelancongan ini adalah lawatan ke dusun buah-buah dan ladang ternakan, penyelidikan, rumah penginapan dan sebagainya. Felda Residence Tekam yang terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak ( PPPTR ), Jerantut, Pahang adalah antara contoh pusat peranginan agro-pelancongan yang berbaloi untuk dikunjungi.
Selain menjadi pusat pelancongan berasaskan pertanian, ianya juga turut menyediakan lawatan ke ladang buah-buahan seperti nangka, durian, rambutan, manggis, langsat, duku dan jambu mawar. Tetamu juga turut diajar tentang teknik pertanian moden yang digunakan di kawasan itu.
Menggalakkan Pengaliran Wang Masuk
Pertanian juga turut memberi keuntungan yang besar kepada pelabur dan pengusaha yang melakukannya. Sekiranya pengusaha menitikberatkan aspek kuantiti dan kualiti, maka harga pasaran hasil yang akan dijual sudah tentu akan meningkat. Bagi menambahkan lagi daya saing produk yang dihasilkan, proses tambah nilai dalam aspek pemprosesan, penggredan, pembungkusan dan pemasaran perlu juga diberikan keutamaan.
2.2 POTENSI BIDANG PERTANIAN SEBAGAI PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN
Transformasi Ladang
Saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi. Program untuk memperolehi faedah berskala seperti projek kelompok, pemuliharaan tanah terbiar secara estet dan berkelompok, Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan Projek 10 Tan Padi telah pun dilaksanakan. Dalam skim-skim ini, Amalan Pertanian Baik ( Good Agriculture Practices ) digalakkan supaya keluaran pertanian yang dihasilkan adalah berkualiti dan selamat dimakan. Program Plantation Integration Areas ( TAC ) juga dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan kawasan perladangan bagi menjanakan hasil sampingan dengan ternakan lembu.
Transformasi Tenaga Buruh Kepada Penggunaan Mekanisasi, Otomasi dan Teknologi
Malaysia meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkatkan produktiviti telah dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigasi tanaman pertanian, dan sistem ternakan ayam secara tertutup ( closed house system ). Di dalam pembangunan perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi dilaksanakan melalui program akuakultur secara nukleus, penternakan ikan secara terbuka dan moden bagi mengurangkan kehilangan hasil akibat pencemaran yang terbuka.
Pengurusan Ladang Yang Moden
Program latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan bagi memastikan peladang dibekalkan dengan kemahiran teknikal dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti manakala pakar-pakar dan pekerja yang terlibat dalam aktiviti bimbingan dan latihan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kepakaran bagi membantu masyarakat tani.
Untuk mencapai tujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang berusaha meningkatkan khidmat pengembangan dan khidmat nasihat teknikal. Inkubator-inkubator bagi memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk memberi latihan kepada golongan sasar di ladang sebenar.
Mempelbagaikan Pulangan Pelaburan
Masalah pulangan terhadap pelaburan yang rendah dan lambat dapat diatasi dengan memberi tumpuan kepada aktiviti integrasi tanaman dan ternakan, tanaman saringan, tanaman campuran dan juga marinovasi. Aktiviti pemprosean hiliran juga merupakan satu usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat tani dan menambahkan pendapatan mereka dalam mengeluarkan produk yang diproses yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.
Insentif Untuk Projek Pengeluaran Makanan
Kerajaan juga menyediakan insentif istimewa bagi projek pengeluaran makanan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah insentif ini, syarikat-syarikat yang mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran makanan layak mendapatkan insentif khas selain daripada insentif-insentif lain seperti taraf perintis, insentif untuk menggalakkan eksport dan sebagainya.
Mengeluarkan Produk Yang Bermutu Tinggi
Bidang pertanian juga berpontensi mengeluarkan produk yang bermutu tinggi untuk pasaran tempatan juga meneroka pasaran antarabangsa, maka dengan itu tindakan perlu diambil untuk memenuhi permintaan pasaran terhadap makanan yang selamat dan berkualiti. Ini termasuk tindakan untuk menepati piawaian-piawaian antarabangsa serta pelabelan, penggredan dan pembungkusan yang boleh diterima di pasaran antarabangsa. Beberapa program jaminan kualiti hasil pengeluaran ladang dan pemprosesan yang sedang dilaksanakan seperti Skim Akreditasi Ladang Malaysia ( SALM ) dan program jaminan kualiti hasil makanan iaitu Skim Organik Malaysia ( SOM) oleh Jabatan Pertanian serta Quality Assurance System ( QAS ) oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ( MARDI ).
2.3 CABARAN ATAU HALANGAN BIDANG PERNIAGAAN BERASASKAN
PERTANIAN
Kekurangan Maklumat Pasaran
Kos dan margin pemasaran yang tinggi boleh dikurangkan untuk mengurangkan risiko pemasaran. Malangnya, terdapat kekurangan maklumat yang komprehensif dan lengkap pada hampir semua peringkat pemasaran. Ramai petani tidak mendapat maklumat yang terkini mengenai harga dan pasaran. Maklumat yang berkaitan dengan lebihan pasaran dan stok jangka pendek dan panjang juga ternyata kurang.
Cara penyampaian kepada maklumat ini juga dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan pengetahuan untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada petani. Kekurangan pengetahuanmenyebabkan petani tidak dapat menggunakan maklumat sedia ada sebaik mungkin dan mengambil peluang-peluang ekonomi yang wujud dalam pasaran.
Kekurangan Infrastruktur Pemasaran
Kekurangan infrastruktur terutama sekali di tempat-tempat terpencil juga membawa kepada ketidakcekapan pemasaran. Persaingan pemasaran boleh dipertingkatkan sekiranya lebih banyak pusat penyimpanan, perniagaan dan pemprosesan ditubuhkan untuk menampung pengeluaran yang berlebihan
Kurangnya Keluasan Tanah
Sektor pertanian juga menghadapi masalah antaranya yang berkaitan dengan kurangnya keluasan tanah yang subur untuk tanaman akibat dilanda oleh proses perbandaran dan kemajuan industri. Dua pembolehubah ekonomi yang dikaitkan dengan ketidaksimbangan sektor pertanian adalah bekalan tanah pertanian yang terus berkurangan dan tekanan penduduk yang juga kian bertambah. Kekurangan tanah pertanian turut mempunyai kesan langsung kepada kejatuhan jumlah output pertanian.
Masalah Modal
Turut dikesan sebagai salah satu cabaran dan halangan ini adalah kerana modal merupakan salah satu input penting di dalam apa jua kegiatan ekonomi. Begitu juga dengan aktiviti pertanian, modal memang sangat diperlukan bagi menanggung kos-kos pengeluaran. Pengusaha pertanian menghadapi halangan modal dari segi pelaburan untuk menggunakan semula modal dalam aktiviti pertanian itu sendiri. Kebanyakan pengusaha mengalami kekangan kewangan untuk membeli alatan pertanian dan perkakas-perkakas lain yang diperlukan. Antara yang menyebabkan masalah dalam kekurangan modal ini ialah kekurangan kemudahan kredit dan input. Pengeluaran pertanian dapat dtingkatkan sekiranya wujud kemudahan kredit dan penggunaan input pertanian yang dirancang dengan baik dari segi penghantaran dan penggunaannya.
Kekurangan Dalam Aspek-aspek Lain
Dalam Laman Web Rasmi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia menyatakan beberapa cabaran lain yang dihadapi bagi bidang perniagaan ini antaranya seperti ketiadaan teknologi terkini serta kepakaran sokongan didalam bidang pertanian, kekurangan pekerja dan kekurangan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan daya pengeluaran pertanian. Kurangnya pendedahan terhadap sektor pertanian kepada golongan belia juga menjadikan kurangnya minat dan penglibatan mereka kepada pertanian. Golongan belia yang tidak mahu menceburi pertanian juga merasakan tiada sokongan dan bantuan yang diberikan oleh pihak berwajib untuk menjayakan pertanian. Di samping itu, kekurangan sumber kewangan, tanah, peralatan pertanian dan maklumat aktiviti pertanian juga menyumbang kepada kurangnya penglibatan belia dalam pertanian.
2.4 SOKONGAN DAN BANTUAN KERAJAAN KEPADA PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN
Sektor pertanian merupakan nadi terpenting dalam membangunkan ekonomi negara. Pelbagai sokongan dan bantuan telah diberikan oleh pihak kerajaan kepada perniagaan yang berasaskan pertanian. Hal ini berlaku kerana pihak kerajaan sedar bahawa para pengusaha amat memerlukan sokongan dan bantuan dari pihaknya dan tiada sesiapa lagi yang mampu membantu para pengusaha ini.
Organisasi awam seperti MARA, MARDI, FELDA dan FELCRA sering memberi bantuan dengan memberikan pinjaman, mengadakan pelbagai jenis kursus yang bermanfaat kepada pengusaha dan sebagainya. Dalam memajukan sektor pertanian, kerajaan telah melakukan banyak perubahan daripada aspek proses dan keperluan jentera. Dengan bantuan agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI, kita telah berjaya menghasilkan pelbagai variasi, klon dan baka tanaman baru dengan bantuan Teknologi Maklumat yang terkini. Bantuan-bantuan seperti ini sangat dihargai oleh para pengusaha kerana dapat menaikkan lagi mutu, kualiti dan juga kuantiti perniagaan mereka.
Peranan terpenting ialah peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan sendiri. Kerajaan hendaklah mempunyai polisi yang jelas dengan menggubal dasar pertanian negara. Dasar tersebut yang memberikan tumpuan khusus terhadap usaha membangunkan potensi pertanian hendaklah mendapat suntikan daripada dasar Tanah Negara yang lebih kondusif ke arah memajukan sektor pertanian. Langkah tersebut amatlah mustahak agar tanah-tanah milik kerajaan negeri dan swasta dapat dibangunkan untuk projek-projek pertanian berskala besar. Penjenamaan semula Kementerian Pertanian dengan imej baru, iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menunjukkan bahawa kerajaan begitu komited untuk memajukan sektor pertanian.
Bagi memulihkan persepsi rakyat terutamanya generasi muda terhadap pertanian, kerajaan telah menyenaraikan banyak intensif dan kemudahan bagi mendorong mereka menyertai sektor pertanian ini. Pelbagai program pertanian yang bernafas baru dan berinovasi khusus untuk menambahkan produktiviti serta pendapatan petani di Malaysia telah diperkenalkan. Antaranya ialah :-
Menggiatkan Amalan Pertanian Baik ( APB )
Kerajaan menggalakkan usahawan, petani dan pekebun kecil agar dapat mengoptimumkan amalan agronomi yang baru, pengurusan ladang secara moden, penggunaan jentera baru dan teknologi terkini serta yang dikenali sebagai Amalan Pertanian Baik ( APB ). APB merupakan satu pendekatan dalam sistem pengembangan pertanian Jabatan Pertanian Malaysia yang bertujuan untuk memastikan pengeluaran hasil pertanian berkualiti dan selamat dimakan.
APB merangkumi pengurusan ladang yang lebih mesra kepada alam sekitar. APB juga bertindak memastikan amalan-amalan yang dilaksanakan oleh pengusaha ladang semasa proses pengeluaran dan pengendalian hasil bagi ladang adalah berkualiti, produk yang dikeluarkan selamat dimakan dan tidak menimbulkan risiko kepada alam sekitar dan juga pekerja ladang.
Dasar Agro Makanan Negara ( DAN )
Kabinet Malaysia juga telah meluluskan Dasar Agro Makanan Negara ( DAN ) pada 28 September 2011, yang akan dijalankan selama 10 tahun ( 2011-2020 ). DAN dibentuk untuk menggantikan Dasar Pertanian Negara.
Antara bidang keutamaan DAN adalah untuk mengembangkan industri ternakan, memodenkan industri perikanan, mengukuhkan industri padi dan beras, mempromosi agro pelancongan, meningkatkan industri asas tani, memacu pertumbuhan industri bernilai tinggi dan memperkukuhkan industri sayur-sayuran, buah-buahan dan kelapa.
Pameran Pertanian
Beberapa pameran pertanian seperti Pameran Pertanian dan Agro Pelancongan ( MAHA ) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diadakan dua tahun sekali bertujuan untuk mempromosi produk-produk pertanian yang diusahakan di Malaysia kepada masyarakat. MAHA juga memaparkan kejayaan sektor pertanian dan industri asas tani serta ternakan dari dalam dan luar negara daripada aspek teknologi dan inovasi. MAHA juga dijadikan platform untuk mendedahkan belia kepada bidang pertanian di samping memperkenalkan Malaysia sebagai negara pertanian dan industri asas tani untuk pelabur asing dan persendirian.
Penubuhan Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC
Ini merupakan kaedah pemasaran moden di mana RTC ini bertindak sebagai sebuah pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian tempatan. RTC jug memainkan peranan sebagai pusat yang menghubungkan pengeluar dengan pengguna.
Peranan Institusi-institusi Pengajian
Selain itu, selaras dengan keutamaan kerajaan mempertingkatkan potensi terhadap sektor pertanian dan industri asas tani, institut-institut pengaiian tinggi di negara perlu mengkaji semula pengajian dan kurikulum yang disediakan pada masa ini supaya dapat melahirkan graduan yang sesuai selaras dengan kehendak bidang pertanian. Dalam hubungan ini, dicadangkan supaya pihak universiti-universiti meneliti semula pengajian dalam bidang pertanian yang disediakan supaya selari dengan permintaan pihak swasta dan organisasi awam. Usaha juga perlu dipertingkatkan untuk menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang pertanian sebagaimana mereka berminat menyertai sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Ini termasuk mendedahkan golongan muda kepada peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan sebagai kerjaya yang berpontesi untuk memberi keuntungan kepada mereka. Program Tunas Mekar perlu diteliti untuk dilaksanakan dalam sektor pertanian secara besar-besaran. Oleh yang demikian, dengan cara ini dapat juga meningkatkan potensi bidang pertanian sebagai perniagaan yang menguntungkan kepada mereka.
Negara kita Malaysia mempunyai tanah yang subur, bebas daripada bencana alam atau keadaan huru-hara yang boleh memusnahkan sebarang kegiatan ekonomi. Melalui strategi-strategi yang telah disusun oleh kerajaan demi untuk membantu masyarakat tani di Malaysia, “ Pertanian adalah perniagaan “ sudah pasti akan dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak.
KESIMPULAN
Justeru, perniagaan yang berasaskan sektor pertanian mempunyai asas yang
kukuh dan potensi yang baik serta prospek yang cerah untuk dimajukan. Kita harus menggunakan segala kepakaran yang ada untuk memajukan bidang ini demi kestabilan ekonomi negara. Rakyat Malaysia pertu berfikiran terbuka dan positif terhadap potensi sektor ini.
Sektor pertanian dilihat sebagai sektor yang menjanjikan pulangan lumayan di samping usaha untuk merapatkan jurang pendapatan antara penduduk desa dan bandar. Adalah menjadi impian kerajaan bahawa menjelang tahun 2020 , negara kita bukan sahaja maju dalam sektor industri di bandar malahan maju dalam industri pertanian di desa. Semua agensi berkaitan dengan petani, penternak dan nelayan perlu melipatgandakan usaha bagi membuktikan bahawa pertanian bukannya sektor luar bandar yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kemiskinan. Industri berasaskan pertanian sememangnya mempunyai potensi yang cerah di Malaysia. Peningkatan tambah nilai hasil pertanian dan perluasan asas sektor pertanian sudah pasti akan membuka lembaran baru dalam pembangunan ekonomi negara.
Namun begitu, tahap pencapaian yang memuaskan dalam industri tersebut perlu dirancang dengan teliti, khususnya dalam menyediakan kepakaran, khidmat sokongan, teknologi, modal dan sebagainya. sektor pertanian telah dapat mencapai beberapa kejayaan dari segi mengurangkan peratus kemiskinan melalui pembukaan tanah baru dan bantuan-bantuan lain. Tidak banyak negara yang mempunyai kelebihan seperti Malaysia. Negara mempunyai pelbagai sumber tanaman, pertanian, perikanan, penternakan, pelancongan, malah modal insan yang jika diuruskan dengan bijak, baik, dan terancang ianya dapat berdaya saing dengan sektor lain yang menjanjikan pendapatan lumayan yang sudah pasti menguntungkan negara.
Malaysia sebuah negara yang bertuah kerana memiliki pelbagai sumber asli pertanian yang berupaya meningkatkan pertumbuhan pesat ekonomi negara. Kita juga wajar menjadikan kejayaan negara-negara maju khususnya Jepun yang telah berjaya menguasai sektor perindustrian tetapi dalam masa yang sama terus membangunkan bidang pertanian untuk kesejahteraan hidup rakyatnya.
RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Institut_Penyelidikan_dan_Kemajuan_Pertanian_
Malaysia
Laporan Ekonomi 2012/2013. Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
Malaysia. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. (2006). IMP3:
Pelan Induk Perindustrian Ketiga 2006-2020; Malaysia ke arah daya saing global. Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Norain Mod Asri, Md. Zyadi Md. Tahir dan Wook Endut (2010). Komposisi
perbelanjaan kerajaan dan pertumbuhan ekonomi: kajian empirikal di Malaysia. Jurnal Kemanusiaan ISSN 1675-1930.
Syed Mahadzir Syed Ibrahim. (2011). Potensi Dan Cabaran Industri Pertanian
Negara
ASAS KEUSAHAWANAN
Asas keusahawanan merupakan satu topik dimana menerapkan nilai-nilai usahawan yang berjaya
Tuesday, 29 November 2016
Sunday, 27 November 2016
FRANCAIS
SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS PADA PERINGKAT GLOBAL DAN MALAYSIA
Francais adalah satu sistem perniagaan bermula di Eropah dan berkembang pesat di Amerika Syarikat 100 tahun yang lalu. Perkataan Francais adalah berasal daripada perkataan Perancis, Franco yang bermaksud kebebasan. Pada prinsipnya, sistem francais merupakan satu hubungan perniagaan secara kontrak di antara dua pihak francaisor (pemilik francais) dan francaisi (pihak yang bertanggungjawab mengurus outlet) dalam jangka masa yang ditentukan. Francaisor bertanggungjawab memberi latihan kepada pihak francaisi dan segala proses bagi memastikan sistem operasi berjalan dengan lancar. McCormick Harvesting Machine Company dan Singer Sewing Machine Company telah memulakan sistem francais sekitar tahun 1950-an. Pada tahun 1995, makanan segera MacDonald oleh Ray Kroc telah berjaya memulakan sistem francais dimana hasil kajian lebih 96 peratus rakyat Amerika telah mengunjungi restoran tersebut sehinggalah ke hari ini restoran tersebut masih tetap menjadi tumpuan rakyat di seluruh dunia. Selain MacDonald, makanan segera seperti KFC, Burger King, Subway, Pizza Hut dan lain-lain turut mengikut sistem francais. Meskipun perniagaan francais seringkali dikaitkan dengan makanan segera namun, hampir dua per tiga daripada jualan francais sebenar daripada jualan bukan berasas makanan segera. Francais juga merangkumi perniagaan seperti kesihatan, perkhidmatan dan produk kecantikan.
Di Malaysia, sistem francais dimulakan kira-kira 60 tahun yang dahulu bermula apabila syarikat Singer memperkenalkan produk-produk barangan rumah. Pembangunan Francais yang diperkenalkan pada tahun 1992 dibawah seliaan Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri juga menjadi permulaan kepada pengenalan terhadap sistem francais di Malaysia. Malaysia merupakan antara paling awal di kalangan negara ASEAN yang menceburi sektor francais, dengan sistem kawal selia yang kukuh, persatuan yang mantap dan kementerian yang mengawal pertumbuhan industri tersebut. Di Malaysia terdapat 1,123 francais yang berdaftar dibawah MFA iaitu merupakan persatuan francais Malaysia yang ditubuhkan pada 1994 dan berperanan untuk menguatkuasa etika amalan perniagaan secara profesional dan turut menyediakan penyelidikan dan pembangunan (R&D), menyelaras dan melaksana program latihan seminar.
___________________________________________________________________
1)Sejarah perniagaan francais- http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_05.htm#ixzz3ltc5kVWC
2)MFA- http://d1001929.netmyne.net/web/index.php/en/component/content/article/134
KEPENTINGAN INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL
Sejak beberapa dekat ini bidang keusahawanan menunjukkan peningkatan yang positif bagi meningkatkan ekonomi negara. Tidak kira perniagaan berskala besar mahupun kecil, rakyat Malaysia telah mula berjinak dalam bidang perniagaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Industri francais merupakan industri yang mula membanjiri sistem pasaran perniagaan Malaysia. Kepentingan industri francais terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara amatlah penting kerana bidang ini memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan negara termasuklah dalam bidang sosial. Menurut Rosli Mahmood et. al (2008), usahawan bukan sahaja mencipta perniagaan baru malah turut meningkatkan peluang pekerjaan disamping dapat meningkatkan taraf hidup kehidupan, tanggungjawab sosial dan pengukuhan industri. Hal ini dapat dilihat apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan sumbangan industri francais dari dalam dan luar negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disasarkan mencecah RM23.6 billion tahun 2013 berbanding RM22.5 billion pada tahun 2012. Peningkatan pendapatan Negara ini sekaligus membantu masyarakat dari segi taraf kehidupan, pengukuhan industri dan tanggungjawab sosial. Peningkatan segi ekonomi dapat membantu negara dalam mengukuhkan hubungan perjanjian dan membuka peluang kepada pelabur-pelabur luar yang berminat untuk melabur terhadap projek-projek mega yang dijalankan di Malaysia kerana dengan adanya sistem francais sekaligus mempromosi negara Malaysia dimata dunia. Industri francais juga membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia di bandar mahupun luar bandar yang membuka industri francais secara perusahaan kecil dan sederhana. Dengan adanya peluang pekerjaan yang besar dapat membantu negara mengurangi tahap kemiskinan tegar. Kemiskinan tegar telah hampir mencapai sifar apabila kadar kemiskinan berkurangan daripada paras 3.8 peratus pada tahun 2009 kepada 0.6 peratus pada tahun 2014. Selain itu dari segi ekonomi dapat meningkatkan kadar nilai mata wang negara dengan adanya kerjasama antara francaisor dari luar negara. Aliran keluar masuk nilai mata wang Malaysia seperti pelaburan di bursa saham menjadikan nilai mata wang akan meningkat selaras dengan peningkatan ekonomi negara dan mengukuhkan lagi struktur ekonomi dan pentadbiran negara pada masa hadapan. Di samping itu, kepentingan francais terhadap pembangunan sosial memberikan impak yang positif terhadap negara. Dengan wujudnya peluang pekerjaan dapat membantu belia mahupun graduan yang menganggur untuk mencari pekerjaan dan memberi mereka peluang bagi meningkatkan taraf kehidupan dengan adanya pekerjaan. Masalah sosial lain juga dapat dikurangkan seperti mengurangkan kadar jenayah seperti ragut dan rompak yang semakin membimbangkan. Peningkatan taraf hidup yang meningkat saban hari menyebabkan ramai golongan belia mahupun dewasa tertekan dan terjebak dengan najis dadah untuk mengurangi beban yang mereka tanggung. Hal ini akan terjadinya masalah jenayah yang akan menggugat ketenteraman awam. Dengan adanya pengenalan industri francais ini dapat membantu golongan yang mahu meningkatkan taraf hidup mereka untuk berjinak-jinak dalam industri perniagaan. Seperti kita sedia maklum industri francais tidak semestinya tergolong dalam perniagaan yang berskala besar tetapi juga merangkumi berskala kecil. Golongan belia mahupun dewasa dari luar bandar juga dapat memajukan taraf hidup mereka. Dengan memperkenalkan produk-produk yang akan dikomersialkan, ini dapat juga membantu untuk mempromosikan industri pelancongan yang terdapat di negara ini yang kaya dengan keindahan dan kekayaan hasil hutan dan kepulauannya.
___________________________________________________________________
3) R. Mohamad Zulkifli & Mohd Rosli 2013, Enterpreneurial Orientation and business Success of Malay Enterpreneurs: Religiosity as Moderator. International Journal of Humanities and Social Science Vol. 3 No. 10 (special issue- may 2013)
4)KDNK 2016- http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kdnk-2016-dijangka-berkembang-empat-hingga-lima-peratus-najib-77643
TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Tahap pembangunan industri francais di Malaysia menunjukkan perubahan yang positif selari dengan pembangunan negara pada masa kini. Hal ini dapat dilhat apabila sebanyak 1992 rangkaian outlet perniagaan francais tempatan diluar negara antaranya Marry Brown dan Secret Recipe. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA), Muhammad Shukri Salleh melalui Sinar Harian 2014, pihak kerajaan banyak mengambil pendekatan bagi memastikan industri francais berada di tahap yang membanggakan. Pelbagai jenis usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan seperti mewujudkan pelbagai kementerian dan tidak kira dalam bidang swasta mahupun awam bagi memastikan kelangsungsan industri francais dapat membantu dalam menjana pendapatan rakyat. Antaranya ialah dengan penubuhan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional ( PIPFN) 2012-2016 untuk menentukan semua lapisan masyarakat peniaga berskala besar mahupun kecil untuk menceburi bidang francais. Pelan ini juga bertujuan untuk membantu golongan peniaga luar bandar yang hanya memfokuskan kepada bidang makanan, kesihatan yang konvensional sederhana kepada francais antarabangsa seperti penyelidikan Research and Development (R&D) untuk sesuatu produk bagi pasaran antarabangsa. Dengan adanya penyelidikan terbaru contohnya penyelidikan seperti kebaikan minyak kelapa dara terhadap kesihatan telah menyebabkan ramai pihak membantu untuk mempertengahkan penyelidikan ini di peringkat global kerana akan memberikan pulangan yang lumayan terhadap peniaga mahupun negara. Antara golongan kumpulan sasaran termasuklah perusahaan kecil dan sederhana (PKS), golongan khas (OKU) dan ramai lagi. Semasa pembentangan bajet 2015, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM20 juta dibawah Penambahan Skim Pembangunan Francais (EFDP) melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan MFA. EFDP adalah penambahan Program Pembangunan Francais (FDP), yang diasaskan untuk memupuk dan menggalakkan pertumbuhan eksport francais ke luar negara. Terdapat 2 juta setahun yang diperuntukkan dibawah EFDP untuk membantu perniagaan francais diluar negara. Dengan adanya peruntukan yang berikan oleh pihak kerajaan dapat membantu para peniaga francais untuk mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara agar dapat bersaing terhadap francaisor-francaisor lain.
Media massa merupakan jalinan perhubungan saluran tentang kepentingan dan kebaikan francais terhadap bakal peniaga yang mahu menceburi bidang perniagaan yang bersifat francais. Saluran media massa yang betul dapat membantu pihak kerajaan untuk memberikan saluran maklumat tentang industri francais di Malaysia. Media massa terutamanya internet, televisyen dan radio amatlah penting terhadap usahawan yang baru berjinak dalam bidang perniagaan mengetahui maklumat yang mereka ingini. Dengan adanya pendedahan terhadap media massa tentang industri francais dapat menarik minat para peniaga untuk memberanikan diri mereka untuk keluar dari kelompok zon selamat kepada kelompok yang lebih professional dan lebih mencabar bagi meningkatkan perniagaan dan taraf hidup mereka. Kini saluran maklumat semuanya di hujung jari dengan adanya media massa semua maklumat perniagaan dapat diperolehi dan ai memudahkan para peniaga untuk mengembangkan dan mencari idea bagi mengkomersialkan lagi produk mereka pada masa hadapan.
Selain itu juga, kerajaan melalui pelbagai agensi telah menganjurkan pelbagai program setiap tahun dengan membantu mempromosi jenama tempatan di pasaran antarabangsa. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga diwujudkan untuk menyediakan rantaian nilai tambahan sebagai jentera mempromosikan perniagaan francais Malaysia. Bantuan seperti ini yang dilakukan oleh pihak kerajaan sekaligus membantu para usahawan untuk lebih kreatif, berdaya saing dan mempunyai perhubungan kerjasama antara usahawan luar negara bagi meningkatkan produktiviti produk mereka. Kepelbagaian strategi dan program yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat francais yang terkemuka di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah menjelang tahun 2020.
Permintaan yang tinggi oleh negara India, Myanmar, Chile dan India dalam industri francais membolehkan para usahawan francais di Malaysia mengembangkan perniagaan mereka di pasaran antarabangsa. Permintaan yang tinggi terhadap industri kecantikan, kain dan kesihatan membolehkan para usahawan mengambil peluang keemasan dengan mengadakan perjanjian perniagaan yang akan menguntungkan banyak pihak. Negara Myanmar contohnya kini merupakan negara yang majoriti akan dilawati oleh para peniaga untuk membeli barangan yang terkini untuk dijual semula di Malaysia. Para peniaga di Malaysia akan pergi ke Myanmar untuk mendapatkan bekalan barangan yang terkini kerana barangan di sana jauh lebih murah jika dibandingkan negara-negara Asean lain. Antara barangan yang mendapat permintaan pelanggan dari Malaysia adalah tudung dan jubah. Selain memberikan harga yang murah, barangan mereka juga berkualiti tinggi. Dengan adanya permintaan kerjasama dari negara luar seperti ini akan membuka peluang keemasan terhadap para francaisor untuk mendapat tempat membuka perniagaan di sana.
___________________________________________________________________.
5) Industri Francais tunjuk perkembangan positif http://www.sinarharian.com.my/bisnes/industri-francais-tunjuk-perkembangan-positif-1.304683
SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Sistem sokongan yang pertama yang dijalankan oleh pihak kerajaan seharusnya bermula dengan sistem latihan. Pihak kerajaan haruslah membantu pihak francaisor untuk membantu francaisi dalam mengendalikan sistem pentadbiran yang teratur bagi membolehkan urusan perniagaan yang dijalankan berjalan dengan lancar dan mendapat pulangan keuntungan yang lumayan. Tanpa latihan yang efisien dan sistematik dan pendedahan tentang dunia perniagaan tidak akan membuat seseorang peniaga berjaya untuk mengendalikan sesebuah perniagaan. Di antara program yang dijalankan adalah latihan softskil, program latihan dan kesedaran merangkumi perkongsian ilmu. Justeru itu pendedahan dan latihan yang penting kepada francaisi amatlah penting untuk mereka sama-sama berjaya menjalankan perniagaan yang diharap memberi pulangan yang lumayan pada masa akan datang.
Sokongan yang kedua ialah dengan membantu para francaisi dan francaisor bagi pinjaman kewangan untuk mereka mengembangkan perniagaan outlet makanan mahupun perniagaan berasaskan kesihatan, kecantikan mahupun perkidmatan. Perbandanan Nasional Berhad (PNS) merupakan salah satu agensi di bawah KPDNKK untuk membantu dalam skim pinjaman para usahawan yang terlibat dalam industri francais ini. PNS juga terlibat dalam memberi perkhidmatan nasihat dalam kewangan serta seperti Skim Pembiayaan Francaisi dan Skim Pembiyaan Eksekutif dengan jumlah pinjaman sehingga RM1 juta. Penubuhan perbadanan ini menunjukkan bahawa kerajaan komited dalam membantu para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka disamping meningkatkan ekonomi dan kewangan negara. Selain PNS, SME Bank, Majlis Amanah Rakyat (MARA),Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga membantu dalam urusan bantuan kewangan.
Sokongan terakhir banyak meliputi pendedahan seperti mengadakan kempen dan forum tentang kebaikan yang akan diperolehi jika berkecimpung dalam perniagaan berbentuk francais. Pihak swasta mahupun kerajaan haruslah banyak membantu para pensyarah tempatan mahupun swasta dalam mengembangkan pengetahuan tentang francais kepada bakal graduan bagi memberikan pendedahan awal terhadap bidang perniagaan supaya para graduan tidak terlalu berharap kepada bidang perkhidmatan semata-mata tetapi menceburi bidang perniagaan dan keluar dari zon selesa mereka. Dengan adanya sokongan dan bantuan dari pihak berwajib, maka industri francais akan mudah difahami oleh semua golongan termasuklah golongan belia yang baru berjinak dalam perniagaan. Selain itu juga, sokongan dari badan NGO dan golongan media seperti golongan artis yang sudah berkecimpung dalam bidang perniagaan francais juga dapat membantu bagi menyebarkan maklumat tentang kebaikan perniagaan ini. Dengan adanya golongan seperti ini akan lebih menarik minat para peniaga untuk memulakan perniagaan. Kita sedia maklum golongan artis banyak mempengaruhi corak kehidupan masyarakat, justeru itu bantuan dari badan NGO untuk lebih mempromosikan perniagaan ini melalui golongan artis amatlah membantu lagi pihak kerajaan bagi lebih memberi pendedahan kerana golongan ini lebih dekat dihati masyarakat.
CABARAN/HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA
Terdapat banyak cabaran dan halangan yang terpaksa dihadap oleh francaisi dan francaisor di Malaysia. Antara cabaran adalah sikap negatif francaisor mahupun francaisi dalam bidang perniagaan. Menurut Buerah Tunggak, Hussin Salamon & Baharin Abu (2011), usahawan yang memiliki sikap-sikap negatif seperti ketidakjujuran, menipu, lewat atau tidak membayar balik pinjaman yang diterima, tidak mahu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kurang mengamalkan sikap disiplin dalam perniagaan biasanya kurang berjaya. Sikap tidak berdisiplin dalam menjalankan perniagaan akan memakan diri sendiri. Sebagai seorang peniaga seharusnya francaisor mahupun francaisi lebih komited dalam menjalankan perniagaan mereka dengan membuang sifat sambil lewa dalam perniagaan. Selain itu juga sikap francaisor terhadap francaisi seperti tidak member francaisi kebebasan dalam membuat keputusan dan terpaksa mengikut semua arahan oleh pihak francaisor akan menyebabkan francaisi merasa tidak selesa dan hal ini akan menyebabkan terjadinya pertelingkahan dan akhirnya menyebabkan pihak francaisi menarik diri dalam menjalin kerjasama.
Selain itu juga, kurangnya pendedahan ilmu pengurusan oleh pihak francaisor terhadap pihak francaisi menyebabkan berlakunya kegagalan dalam perniagaan. Seharusnya pihak francaisor memberikan sepenuhnya ilmu terhadap francaisi di bawah seliaan mereka, menerangkan selok belok ilmu perniagaan dan tidak lokek untuk berkongsi apa-apa rahsia kejayaan mereka kerana dengan adanya ilmu pengurusan yang strategik akan meningkatkan jualan. Sebagai contohnya, hasil daripada kajian yang dilakukan oleh Azmi Abdul Manaf, Nik Hairi Omar dan Lee Kuan Yee (2012) terdapat empat faktor yang dianggap kritikal kepada kejayaan usahawan wanita mahupun lelaki iaitu kemahiran perancangan, keadaan ekonomi, pengalaman industri dan pengalaman pengurusan. Hal ini jelas membuktikan bahawa ilmu pengurusan penting bagi menjamin kejayaan perniagaan. Selain daripada aspek yang berkaitan langsung terhadap sistem dan francaisor, francaisi juga haruslah mempunyai inisiatif sendiri untuk menjalankan kajian potensi daya maju produk atau perkhidmatan yang mereka ingin ceburi. Sesuatu produk atau perkhidmatan yang berjaya di sesuatu negara tidak semestinya akan maju seperti yang diingini. Maka para francaisor haruslah lebih komited dalam memulakan perniagaan bagi memastikan kejayaan perniagaan mereka berjaya.
Faktor pemilihan tempat bagi outlet juga amat penting. Pemilihan tempat outlet di kawasan yang padat penduduk serta menjadi tumpuan para pembeli merupakan cabaran yang tidak seharusnya di ambil ringan. Dengan pemilihan tempat outlet yang tepat akan mencapai sasaran untuk mendapat pulangan yang lumayan kerana terdapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Namun, sewa bulanan yang mahal di lokasi pemilihan outlet di kawasan pusat beli belah yang eksklusif akan menjadi salah satu punca masalah kewangan yang terpaksa pihak francaisi tanggung. Justeru itu,kajian pasaran haruslah penting bagi mengenalpasti trend, gaya hidup dan cita rasa pengguna agar produk dan perkhidmatan yang akan dijual mendapat sambutan pelanggan.
Kekurangan modal dalam mengembangkan perniagaan juga merupakan halangan dan cabaran yang harus ditempuh oleh semua usahawan. Berjinak dalam bidang industri francais bermakna mereka harus mengeluarkan modal yang banyak bagi mengembangkan perniagaan mereka. Industri francais banyak memerlukan modal yang besar kerana mereka terpaksa mengikuti semua peraturan yang telah ditetapkan bagi menjadi francaisi sesuatu jenama. Memang tidak dinafikan banyak pihak tidak kira kerajaan mahupun swasta yang memberikan pinjaman terhadap usahawan yang berjinak dalam industri ini,namun sebagai seorang francaisi seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kos pelaburan sebagai jaminan untuk menghadapi apa-apa kemungkinan pada masa hadapan.
__________________________________________________________________
(6) Buerah Tunggak, Hussin Salamon & Baharin Abu 2011, Keperluan Latihan dan Pendidikan Berterusan ke arah
Pembangunan Usahawan Muslim Berteraskan Nilai Islam Di Malaysia
(7) Azmi Abdul Manaf, Nik Hairi Omar dan Lee Kuan Yee (2012)
MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Setelah melalui beberapa frasa dalam pengenalan industri francais di Malaysia, kini kerajaan dapat menarik nafas lega apabila industri francais kini berada dalam fasa yang boleh dikatakan mencapai pencapaian yang membanggakan. Pelbagai usaha yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya golongan usahawan terhadap industri francais. Kepadatan golongan belia yang sudah mula berjinak dalam perniagaan merupakan tindakan yang positif dan mengguntungkan banyak pihak terutamanya pihak kerajaan kerana tanggapan “makan gaji” sudah berubah kepada “be your own boss” pada masa kini. Mengubah persepsi tentang kepentingan perniagaan telah menyebabkan ramai golongan usahawan berjinak dalam perniagaan berbentuk francais kerana bagi mereka risiko kegagalan dalam perniagaan yang lebih rendah dan menjadi seorang francaisi lebih memberi pulangan yang lumayan. Tidak dinafikan banyak cabaran yang harus dilalui namun dengan adanya sokongan dari semua pihak terutamanya pihak kerajaan yang telah banyak memperuntukkan dana bagi membantu francaisor dan francaisi bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka di peringkat global.
Penekanan kepada program latihan keusahawanan yang melibatkan golongan professional untuk membantu golongan usahawan francais sangatlah berguna bagi memberi pendedahan dan membantu dalam pengurusan perniagaan mereka bagi masa hadapan. Kini, banyak golongan profesional yang banyak memberikan latihan dan cara meningkatkan perniagaan dalam francais kerana dalam industri ini tanpa latihan dan tunjuk ajar dan sistem perniagaan yang tidak sistematik akan menggagalkan seseorang francaisi untuk berjaya. Sistem pengurusan yang teratur akan membantu golongan ini untuk lebih peka terhadap pelbagai kemungkinan yang akan datang dan menjadikan mereka lebih berani, berdaya saing dan lebih kreatif. Kepelbagaian untuk mempromosikan perniagaan francais di Malaysia akan membuatkan industri ini akan lebih kukuh untuk masa depan dan tidak mustahil industri francais merupakan industri yang banyak menyumbangkan pendapatan negara pada masa akan datang.
KESIMPULAN
Kepelbagaian perniagaan di Malaysia sejak zaman sebelum merdeka lagi menyebabkan industri perniagaan meningkat saban tahun dan juga menjadi antara penyumbang dalam kestabilan ekonomi negara. Dalam konteks Islam,perniagaan dan perdagangan amatlah digalakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w terhadap umatnya. Meskipun golongan yang banyak berjinak dalam industri perniagaan di Malaysia merupakan kaum Cina namun kini golongan muda belia bumiputra banyak berjinak dalam industri perniagaan. Hal ini merupakan perkembangan yang positif dalam mencorak perkembangan sosial dan ekonomi negara yang semakin meningkat. Hasil kajian oleh Mohd Hidayad bin Hambali (2011) mendapati kesemua faktor bantuan-bantuan kerajaan seperti kewangan dan kredit, latihan dan pembangunan, perkhidmatan nasihat dan perundingan, pemasaran dan peluang perniagaan dan sokongan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan dapat membantu meningkatkan kejayaan usahawan PKS bumiputera. Hal ini selari juga dengan penglibatan industri francais jika semua pihak berganding bahu dalam meningkatkan industri ini maka tidak mustahil Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan industri francais di peringkat global sekaligus memberi banyak kebaikan pada masa akan datang.
___________________________________________________________________
(8) Mohd 2011, Faktor Bantuan Kerajaan yang Meningkatkan Kejayaan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana Bumiputera di Sabak Bernam, Selangor, Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia Nor Hidayat Hambali
RUJUKAN
Azmi Abdul Manaf, Nik Hairi Omar dan Lee Kuan Yee (2012) Faktor Kritikal Kejayaan Usahawan Dalam Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Buerah Tunggak, Hussin Salamon & Baharin Abu 2011, Keperluan Latihan dan
Pendidikan Berterusan ke arah Pembangunan Usahawan Muslim Berteraskan Nilai Islam Di Malaysia
Mohd Nor Hidayat Hambali 2011, Faktor Bantuan Kerajaan yang Meningkatkan Kejayaan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana Bumiputera di Sabak Bernam, Selangor, Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia
R. Mohamad Zulkifli & Mohd Rosli 2013, Enterpreneurial Orientation and business Success of Malay Enterpreneurs: Religiosity as Moderator. International Journal of Humanities and Social Science Vol. 3 No. 10 (special issue- may
2013)
Syadiyah Abdul Shukor dan Mohammad Noorizzudin Nooh, Penglibatan Usahawan
Wanita Muslim dalam Industri Francais di Malaysia,Universiti Sains Islam
Malaysia
INTERNET
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kdnk-2016-dijangka-berkembang-empat-hingga-lima-peratus-najib-77643 -diakses pada 27 Oktober 2016)
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140318/ek_04/Akta-Francais-lindungi-kepentingan-usahawan -diakses pada 27 Oktober 2016)
http://www.mfa.org.my/newmfa/perniagaan-francais-semakin-popular-di-malaysia/diakses pada 28 Oktober 2016
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/industri-francais-dijangka-sumbang-rm23-6b-1.121685 diakses pada 29 Oktober 2016
Industri Francais dijangka mencecah 23.6 Bilion http://microfinancenews948.blogspot.my/2013_01_01_archive.html diakses pada 29 Oktober 2016
Menilai francaisor dan sistem Francais http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_04.htm diakses pada 1 November 2016
Masa depan Industri Francais semakin kukuh http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm diakses pada 1November 2016
PERTANIAN
1.0 PENGENALAN
Sektor
atau bidang pertanian amat terkenal di negara-negara membangun seperti negara
Malaysia kerana ianya memiliki peranan
tersendiri dalam memajukan sektornya agar terus berkembang dari semasa ke
semasa. Malah ia merupakan
antara ciri terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun
dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas
pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana pada masa
tersebut, majoriti penduduk di negara ini tertumpu sepenuhnya kepada aktiviti
ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan.
Namun, seiring kepesatan
pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian semakin lemah dan merosot. Pada
ketika itu, para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja berasaskan
pertanian yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun dari satu
generasi ke suatu generasi yang lain. Lebih parah, generasi pelapis yang
diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah
ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang lebih lumayan dan ditawarkan
pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian.
Selepas berlakunya
kemerosotan bidang pertanian, kkini sektor pertanian kembali dipandang penting
sebagai salah satu sektor yang memberi impak positif terhadap pendapatan
negara. Ini kerana telah berlakunya transformasi dan juga pembaharuan dari
pelbagai pihak samada kerajaan, bukan kerajaan dan pelbagai badan-badan lain
yang masih mempertahankan bidang pertanian sebagai sumber pendapatan negara dan
memelihara nasib para petani dan juga peladang sehingga kini.
2.0 KEPENTINGAN BIDANG PERTANIAN
Antara kebaikan sektor pertanian kepada negara ialah ianya dapat
membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Sektor pertanian juga dapat menghasilkan
pulangan yang lumayan kepada pihak yang mengusahakannya secara komited dan bersungguh-sungguh.
Penggunaan bioteknologi dalam sektor pertanian pasti menghasilkan pendapatan
yang banyak kerana ia dapat menambahkan kuantiti dan juga kualiti dalam
pertanian.
Antara
kepentingan lain ialah sektor pertanian dapat mengurangkan import negara dalam
barangan pertanian. Kebanyakan bahan yang diimport oleh negara kita adalah
barangan makanan seperti beras dan sayur-sayuran. Jika barangan makanan ini
ditanam dalam kuantiti yang banyak, pasti negara kita dapat mengurangkan
eksport sekaligus dapat mengelakkan pengaliran wang ke luar negara. Malah,
hasil pertanian yang banyak dihasilkan oleh negara kita boleh juga dieksport ke
luar negara. Sekiranya negara dapat mengeksport hasil pertanian ke luar negara,
sudah pasti ekonomi negara semakin pesat dan kukuh.
Selain itu, sektor pertanian juga dapat membekalkan bahan
asas untuk menghasilkan bahan kedua di kilang-kilang. Realitinya, bahan yang
dibeli dalam negara lebih murah jika dibandingkan dengan bahan yang dibeli dari
luar negara. Oleh itu, secara tidak langsung seiktor perkilangan dalam negara
juga akan mendapat manfaatnya.
Justeru itu, sektor pertanian juga boleh dijadikan sebagai
aset promosi untuk menarik kedatangan pelancong asing. Kehadiran ramai
pelancong ke negara ini pasti akan menambahkan pendapatan petani, peladang atau
pengusaha pertanian. Pelancong lazimnya suka melancong ke kawasan pertanian
kerana pemandangannya yang indah dan suasana yang nyaman.
Contohnya di Malaysia terdapat beberapa kawasan pertanian
yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan juga pelancong asing seperti di
Cameron Highlands. Sesungguhnya, kemajuan dalam sektor pertanian ini dapat
merangsang sektor pelancongan negara yang sememangnya mendatangkan pulangan
berganda kepada rakyat dan negara.
3.0 POTENSI BIDANG PERTANIAN YANG MENGUNTUNGKAN
Bidang
pertanian sememangnya berpotensi sebagai salah satu bidang yang menguntungkan
dari segi hasil dan juga pendapatan negara bertaraf dunia. Ianya juga
berperanan sebagai tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi
sumber makanan, kewangan mahupun ekonomi. Dengan adanya tanah untuk diusahakan,
tenaga para petani, peladang mahupun penternak, itu saja sudah cukup untuk
memastikan bidang pertanian ini terus berkembang pesat.
Situasi yang membolehkan sesuatu aktiviti pertanian itu
bertukar menjadi satu perniagaan boleh terjadi apabila pengeluaran hasil
pertanian pekebun atau penternak tadi bukan sahaja telah melebihi keperluan
sara hidup diri, malahan telah dapat memberi keuntungan kepada pengusahanya.
Jadi, mereka boleh menjual hasil tanaman dan ternakan mereka kepada orang
ramai. Jika para peladang dan penternak ini bijak menguruskan wang, mereka
boleh menjana wang dengan lebih banyak lagi dan sekali gus menaikkan lagi
ekonomi Malaysia.
“Pertanian adalah perniagaan” merupakan satu slogan yang
sangat popular. Slogan ini bertujuan untuk mentransformasikan Malaysia daripada
sebuah negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian. Dengan melakukan
aktiviti-aktiviti berasaskan pertanian, seseorang itu mampu menjana pendapatan
yang lebih besar dan bukan sekadar untuk keperluan diri sahaja tetapi juga
kepada keperluan masyarakat lain umumnya. Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukanlah
bersifat satu langkah ke belakang. Usaha ini dilihat sebagai salah satu usaha
kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dan seterusnya membantu
menambah hasil pendapatan negara.
Tambahan lagi, dalam memajukan bidang
pertanian kerajaan telah melakukan banyak perubahan daripada aspek proses dan
keperluan jentera. Dengan bantuan agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan
dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI, kita telah berjaya menghasilkan
pelbagai variasi, klon dan baka tanaman baru dengan bantuan teknologi ICT yang
terkini. Dengan itu, para pengusaha ladang dapat menggunakan
teknologi-teknologi baru ini untuk mempertingkatkan sistem di ladang mereka
sekali gus meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil.
4.0 CABARAN DAN HALANGAN PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN
Dewasa ini, halangan dan juga cabaran bidang
perniagaan berasaskan pertanian amat dititiberatkan oleh pelbagai pihak.
Walaupun sektor pertanian mempunyai pelbagai halangan, tetapi masih giat
dibangunkan selaras pembangunan negara standing sektor- sektor yang lain.
Antara
halangan-halangan yang menyekat pembangunan perniagaan berasaskan pertanian di negara
kita ialah kekurangan benih ataupun input pengeluaran. Ini kerana kebanyakan
bekalan anak benih kini diimport dari luar mahupun di dalam negara dan pastinya
akan meningkatkan kos pengeluaran. Selain itu, halangan ataupun cabaran lain
adalah kekurangan para petani muda yang mengusahakan bidang pertanian berikutan
statistik yang diambil oleh Jawatankuasa Kementerian Pertanian Dan Industri
Asas Tani (IAT). Ini disebabkan golongan belia kurang pendedahan berkaitan
dengan pertanian dan tiada kemahiran dalam mengusahakannya.
Tambahan
lagi, keadaan ini juga berpunca daripada kurangnya minat sesetengah pihak terhadap
sektor pertanian. Sesetengah golongan belia berpendapat bahawa sektor pertanian
hanya layak diusahakan oleh golongan yang lebih berusia. Golongan ini juga
beranggapan bahawa sektor atau bidang pertanian dijalankan hanyalah untuk
mengisi masa lapang dan tidak memberi sebarang faedah jika mengusahakannya.
Golongan muda kini rata-ratanya lebih berminat menceburkan diri dalam sektor
perindustrian, perkilangan, automotif dan sebagainya.
Dengan itu, masalah lain
yang menjadi halangan kepada bidang pertanian ialah wujudnya serangan penyakit
menjadikan bidang pertanian dalam perniagaan menjadi semakin lemah. Peningkatan
kos juga amat memberikan kesan kepada para petani berikutan kos pengangkutan,
upah tenaga kerja, harga baja kimia atau racun serangga dan lain-lain lagi.
Kajian mendapati bahawa factor ketidakstabilan harga berlaku ialah inflasi,
permintaan dan juga penawaran, lambakan barangan dalam pasaran, dan kemasukan
barangan eksport dalam kuantiti yang banyak sehingga tidak terkawal
penggunaannya.
Selain itu juga,
kekurangan tanah ataupun saiz permukaan tanah yang kecil juga turut menjadi
halangan dan seterusnya menjejaskan perkembangan bidang pertanian. Faktor iklim
juga merupakan masalah yang berlaku dalam bidang pertanian ini kerana
sesetengah tanaman tidak sesuai dengan iklim di negara ini menyebabkan tanaman
tidak dapat hidup dengan subur. Sepertimana yang kita ketahui, negara kita
menerima iklim hujan dan panas setiap tahun. Jika musim panas atau kemarau
melanda selama dua hingga tiga bulan sudah cukup untuk memberikan kesan negatif
terhadap pertanian dan juga perniagaan. Dengan itu, pelbagai langkah yang
efektif perlu dilakukan supaya halangan dan juga cabaran pertanian ini dapat diatasi.
5.0 SOKONGAN DAN BANTUAN KERAJAAN TERHADAP
PERTANIAN
Kini, pihak kerajaan semakin memberikan
perhatian dalam sektor pertanian untuk mengembangkan ekonomi yang berasaskan
pertanian ini. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat
Malaysia dan seterusnya menambahkan hasil pendapatan negara dalam memajukan
sektor perniagaan berasaskan pertanian ini. Antara usaha-usaha yang telah
dilakukan ialah pihak kerajaan melakukan banyak perubahan aspek proses dan keperluan
jentera pertanian. Dengan bantuan agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan
dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI, negara kita telah Berjaya
menghasilkan perbagai variasi, klon dan baka tanaman baru dengan bantuan
teknologi terkini.
Selain
itu, antara bantuan lain yang diberikan oleh pihak kerajaan terhadap sektor
pertanian ialah dari sudut dorongan dan galakan, modal, lokasi perniagaan dan
sebagainya disediakan oleh kerajaan ataupun menerusi agensi-agensi lain yang
berkaitan. Seiring dengan itu, pelbagai seminar, pendedahan berkaitan pertanian
juga turut dilaksanakan oleh kerajaan dan juga badan-badan yang lain bagi
mempromosikan perniagaan berasaskan pertanian ini merupakan sesuatu langkah
yang positif bagi membangunkan taraf hidup rakyat dan memberi kesan terhadap negara.
Tambahan
lagi, pihak kerajaan juga telah melakukan pelbagai usaha kea rah memupuk dan
mengembangkan asas keusahawanan dalam kalangan bumiputera bagi melahirkan
usahawan yang berdaya maju. Antaranya melalui penglibatan mereka secara
langsung dalam dunia perniagaan berasaskan pertanian.
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat saya rungkaikan adalah,
negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat, Australia dan juga lain-lain
negara lagi,para petani di sana dipandang dan disanjung tinggi kerana
majoritinya golongan tersebut adalah terdiri tergolong dalam golongan yang
kaya-raya. Situasi tersebut juga boleh berlaku dalam negara kita kerana negara
kita telah terbukti mempunyai tanah yang subur, bebas daripada bencana alam dan
bukan tergolong didalam laluan lingkaran api pasifik atau keadaan yang negatif
yang boleh memusnahkan sebarang kegiatan pertanian dan juga perniagaan. Jika
kelebihan ini tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya, ini bermakna kita telah
mensia-siakan kelebihan sumber perniagaan dan pendapatan yang ada.
Melalui
slogan “Pertanian adalah perniagaan”, pelbagai strategi telah diatur oleh pihak
kerajaan untuk memperhebatkan lagi bidang pertanian dan menjadikannya sesuatu
usaha terpenting dalam meningkatkan ekonomi negara bertaraf dunia di samping
memperkenalkan negara kita di mata dunia standing negara-negara maju yang lain.
Ini kerana melalui pertanian pertukaran mata wang asing akan dapat dilakukan
melalui eksport dan seterusnya dapat melonjakkan ekonomi negara kepada satu
tahap yang mampan dan kita tidak perlu lagi mengimport sumber pertanian dari
luar negara. Jika kita masih lagi dibuai akan mimpi indah tidak mustahil suatu
hari nanti negara akan bergantung sepenuhnya kepada negara luar untuk
membekalkan kita makanan.
Akhir
kata, perniagaan berasaskan pertanian ini perlu mengalami revolusi supaya
sektor pertanian ini berkembang dan menjadi sesuatu yang terpenting kepada
generasi muda sebagai bekalan pada masa hadapan sekiranya negara mengalami
kemerosotan ekonomi. Di samping itu, masyarakat kita juga perlu menyedari dan
menghargai sumbangan, jasa dan pengorbanan para petani di negara kita kerana
telah banyak memberikan sumbangan dalam bidang ekonomi. Bak kata pepatah
`sebutir nasi sama juga dengan nilainya sebutir peluh petani’.
7.0 RUJUKAN
BUKU
Nik Yahya Ab. Rahman. (2009). Cabaran Sektor Pertanian. Shah Alam,
Selangor
: UPENA UiTM
Noor Zalika Bt. Mahmad Zuki. (2013). Cabaran Dan Halangan Membangunkan
Usahawan
ONLINE
[2016, Oktober 30]
[2016,
Oktober 23]https://www.google.com/alif1988nt3
PELANCONGAN
https://www.google.com/alif1988nt2
1.0 PENGENALAN
Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang
kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran
asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pelancongan juga merupakan
industri penting di Malaysia. Sejak awal lagi, pihak kerajaan memandang serius
perkembangan industri ini di negara kita kerana sumbangan sektor ini yang
sangat besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Di dalam pentadbiran
kerajaan, Jabatan Pelancongan telah pun mula diwujudkan di bawah Kementerian
Perdagangan Malaysia pada tahun 1959. Malah, dalam Rancangan Malaysia Kedua
tahun 1971 – 1975, sektor pelancongan merupakan antara sektor yang mendapat
penekanan khusus dengan peruntukan tertentu, dan akhirnya pada tahun 1987,
Jabatan Pelancongan dinaiktaraf kepada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan,
diketuai oleh YB Tan Sri Dato’ Sabbaruddin Chik. (Portal Rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia, 2015).
Bukan
hanya di Malaysia, malah banyak negara-negara luar juga memberi penekanan
khusus terhadap industri ini, kerana industri pelancongan yang diselenggarakan
dengan baik boleh menjamin penjanaan ekonomi yang lumayan kepada negara
tersebut, terutama bagi pelancongan yang melibatkan pelancong dari luar negara.
Kemasukan para pelancong luar meningkatkan kadar tukaran asing dan pastinya
memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, di peringkat global,
industri pelancongan didukung oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) / United Nation (UN) menerusi
organisasi United Nation World
Tourism Organization (UNWTO). Organisasi
peringkat global ini dianggotai oleh 157 buah negara dan berfungsi memberi
sokongan terhadap pembangunan ekonomi menerusi industri pelancongan. United Nation World Tourism
Organization, UNWTO turut menggariskan Kod Etika Pelancongan Global untuk
dipatuhi oleh setiap negara ahli.
Pelancongan menjadi
suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri
berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan dalam pembangunan Malaysia
menuju negara maju dalam abad ini. Potensi industri pelancongan sebagai penjana
ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan
membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu
seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang,
kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong,
semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong
yang melawat Malaysia. Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata
bergantung kepada kempen dan promosi galakan melalui pengiklanan yang
melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit di dalam dan luar negara.
2.0 APA ITU INDUSTRI
PELANCONGAN
Pelancongan boleh didefinisikan sebagai satu kegiatan
multidimensi dan pelbagai yang menyentuh aspek kehidupan dan aktiviti ekonomi. Malah, pelancongan tidak
semuanya bertujuan untuk keseronokan atau berhibur tetapi juga merangkumi
pelancongan perniagaan, pelancongan kesihatan, pelancongan sukan dan lain-lain.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa industri pelancongan merupakan suatu
industri yang menawarkan kemudahan dan perkhidmatan kepada orang ramai untuk
melancong. Industri pelancongan bukan sahaja melibatkan ketibaan pelancong dari
luar, malah luar negara. Di Malaysia, industri pelancongan adalah di bawah
seliaan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan di sokong oleh
agensi-agensi penggalakan pelancongan yang ditubuhkan secara berperingkat
mengikut keperluan.
Sebelum industri pelancongan mendapat perhatian
kerajaan, sektor pertanian
seperti getah dan hasil bumi seperti bijih timah lebih mendominasi ekonomi
negara. Pada awal tahun 70an, kedua-dua sektor ini telah menyumbang sebanyak
45% kepada KNK negara (Badaruddin Mohammad dan Nimatul Adha Nordin, 2008).
Sungguhpun demikian, dengan didorong oleh kestabilan politik dan ekonomi yang
semakin mampan,
industri pelancongan sedikit sebanyak mula menunjukkan perkembangan yang
positif. Pada masa tersebut, kedatangan pelancongan semakin meningkat dan mula
membuka mata kerajaan agar memberikan tumpuan yang sewajarnya dengan membuat
langkah-langkah strategik untuk membaik pulih infrastruktur serta
kawasan-kawasan yang boleh menarik lebih ramai pelancong. Pada awal tahun 60an
jumlah pelancong yang memasuki Malaysia hanyalah 23,000 orang sahaja berbanding
seramai 77,000 orang pada tahun 1970. Lonjakan ini adalah dengan purata
kedatangan pelancong sebanyak 14.4% setahun (Yahya Ibrahim, 2010).
Menurut
Yahya Ibrahim (2010), dengan bantuan daripada pihak swasta, kerajaan telah
berjaya menambah lebih banyak kemudahan-kemudahan asas bagi meningkatkan
keselesaan pelancong yang datang. Ini termasuklah penyediaan bilik penginapan
atau hotel yang dibuat dengan berpandukan kepada piawaian antarabangsa. Jumlah
bilik terus meningkat secara drastik kepada 6000 buah pada tahun 1970
berbanding 1900 buah pada pertengahan tahun 60an. Malah, dengan perkembangan
positif yang ditunjukkan dalam industri pelancongan negara, ia secara tidak
langsung telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Kini
Malaysia diiktiraf pada peringkat global sebagai antara destinasi pelancongan
utama, dengan kedudukan di antara 10 teratas dari segi ketibaan pelancong dan
15 antara teratas dari segi penerimaan global. Industri pelancongan juga
merupakan penyumbang yang penting kepada ekonomi Negara. Pelancongan menjadi
suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri
berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai pembangunan Malaysia
menuju negara maju dalam abad ini.
Malaysia
mempunyai kedudukan permulaan yang kukuh untuk melonjakkan dirinya menjadi
destinasi pelancongan yang utama. Industri pelancongan sudah sememangnya besar,
telah pun berkembang secara tekal dengan pantas untuk tempoh 10 tahun yang
lepas dan juga mempunyai kedudukan daya saing global yang kukuh. Asas yang
kukuh ini dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan sumbangan sektor pelancongan
kepada ekonomi Negara.
3.0 TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
Pembangunan
sesuatu destinasi pelancongan adalah melalui suatu proses evolusi melainkan
destinasi yang dirancang. Umumnya, pembangunan sesuatu destinasi pelancongan
melalui empat tahap iaitu tahap penerokaan, penglibatan, pembangunan, dan tepu.
Pada tahap penerokaan alam sekitar yang cantik akan menarik sebilangan kecil
pelancong yang mengatur sendiri lawatan mereka. Kegiatan mereka tidak mengikut
mana-mana pola yang wujud kerana tidak ada kemudahan yang disediakan untuk
pelancong. Dengan itu aktiviti pelancongan pada tahap ini tidak mewujudkan
apa-apa kesan negatif terhadap persekitaran fizikal mahupun sosial. Pada tahap
penglibatan, penduduk tempatan biasanya akan melibatkan diri dengan menyediakan
kemudahan asas untuk pelancong. Kemudahan
asas yang disediakan biasanya pada peringkat kecil-kecilan sahaja. Pada tahap
pembangunan pula akan terdapat perubahan yang ketara yang melibatkan penyediaan
kemudahan moden yang lebih besar. Biasanya pelaburan modal yang besar akan
datang dari luar. Pada tahap ini bukan hanya pelaburan yang datang dari luar,
tetapi masyarakat luar juga terlibat.
Pelbagai cara dilakukan pada tahap ini untuk menarik
lebih ramai pelancong ke destinasi yang disediakan. Langkah-langkah promosi dan
pemasaran akan turut dilakukan. Pada tahap ini biasanya persekitaran fizikal
akan dieksploitasi sebanyak mungkin untuk menampung kunjungan lebih ramai
pelancong. Apabila persekitaran fizikal tidak lagi mampu untuk dieksploitasi
untuk pembangunan seterusnya destinasi tersebut dianggap sudah mencapai tahap
tepu. Pada peringkat ini bilangan pelancong telah melebihi daya tampung fizikal
dan psikologi. Keadaan seperti ini akan menyebabkan daya
tarikan destinasi berkenaan akan mula merosot dan mengakibatkan pelancong
mencari destinasi alternatif (Sulong Mohamad 2000). Sekiranya perkara ini
berlaku destinasi lama bukan hanya mengalami pengurangan pengunjung, tetapi
juga akan mengakibatkan kemerosotan kualiti persekitaran fizikalnya. Destinasi yang
lama akan hanya dikunjungi semula apabila ia mampu memberikan saingan kepada
destinasi baru.
Perkembangan sektor pelancongan di Malaysia telah dipengaruhi
oleh perubahan yang besar dan potensi industri pelancongan pada masa
hadapan. Memandangkan industri
pelancongan kini merupakan satu pemangkin kepada pendapatan negara, maka
pendekatan yang bersepadu dilaksanakan dalam perancangan dan perlaksanaan
industri pelancongan secara mampan (Nurul Ashila Khalid, 2006).
Pada era tahun 60-an, sektor
pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan
ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi
seperti bijih timah dan getah. Walaubagaimanapun, sektor pelancongan negara
telah mula dilihat mengalami perkembangan positif pada era tahun 70an. Ketibaan
pelancong melalui udara dan air ke Malaysia telah meningkat.
Sektor pelancongan negara
dilihat semakin berkembang pada awal tahun 80-an. Pada ketika ini negara sudah
aman daripada ancaman komunis dan juga ancaman luar. Pada tahun 1987,
Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah ditubuhkan. Kemudian pada tahun
1990 kerajaan telah menaiktaraf kementerian tersebut kepada Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Dengan penubuhan tersebut, ia
telah merancakkan lagi pembangunan industri pelancongan negara.
4.0
KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN TERHA DAP PEMBANGUNAN
EKONOMI NEGARA
Sektor industri pelancongan mempunyai kepentingan dan
sumbangannya terhadap pembangunan Negara ini. Dari segi ekonomi,sektor
pelancongan dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing
masuk ke negara kita. Pelancong yang datang dari negara luar harus menukar mata
wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja
di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan atau di pusat pertukaran
mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika
membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Peniaga mata wang
asing juga mendapat keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan. Pengaliran
masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja menguntungkan entiti
perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk
rakyat tempatan dari luar negara.
Di samping itu, sektor pelancongan juga dapat
memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Ini adalah kerana pelancong asing yang
datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan
pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan yang lain-lain. Pelancong
asing amat menggemari makanan sama ada makanan tradisonal mahu pun makanan
barat di Malaysia. Mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati
makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar dan berhawa
dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan. Mereka juga
boleh menikmati hidangan makanan laut di restoran yang didirikan secara
terapung di atas air. Sambil menikmati makanan, mereka dapat menghirup panorama
yang amat cantik dan menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan yang tinggi
terhadap makanan ini mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan
tempatan. Pusat-pusat penginapan juga giat dibina bagai cendawan tumbuh selepas
hujan di kawasan peranginan seperti di pulau dan tepi pantai.
Dari segi politik, sektor pelancongan dapat
memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia. Misalnya, melalui kejohanan
perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapat
mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia. Selain itu, kita
dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij
dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Slogan ‘’Malaysia
Boleh’’ telah membuktikan keupayaan negara kita dalam penganjuran sukan yang
bertaraf antarabangsa tersebut. Melalui penganjuran Kejohanan F1, Malaysia
dapat dipromosi ke seluruh dunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung
kejohanan tersebut ke seluruh dunia. Ini telah membuktikan bahawa tarikan
penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakkan kedatangan pelancong
ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar secara meluas
dengan kos yang minima.
Sebagai
sebuah negara yang menjanjikan percutian bertaraf antarabangsa kepada
pelancong, Malaysia sememangnya amat bertuah kerana dikurniakan dengan bentuk
muka bumi serta geografi yang indah. Ia merupakan daya penarik terkuat yang
dimiliki oleh Malaysia sehingga menjadi tumpuan pelancong daripada China, Timur
Tengah dan Eropah. Justeru itu, adalah wajar sekiranya pihak kerajaan
berganding bahu bersama-sama dengan sektor swasta bagi mengembeleng tenaga
dengan mempromosikan pusat-pusat pelancongan ini agar kestabilan ekonomi dapat
dicapai dengan wujudnya aliran matawang asing ke dalam Malaysia.
5.0 HALANGAN DAN CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN
Pelbagai risiko yang perlu dititik beratkan, ini kerana dalam
bidang industri pelancongan juga mempunyai kebaikan dan keburukannya. Walaupun negara
Malaysia merupakan salah sebuah negara pilihan pelancong luar dan dalam negara
namun masih kebimbangan dalam risiko yang dihadapi. Namun demikian kita perlu
seiring dengan kemajuan industri pelancongan dengan negara luar. Sektor
pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara
yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka
dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua
agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan
pembangunan negara yang pantas.
Namun, masih ada ruang dan yang wajar dimanfaatkan oleh semua
pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor
ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh
sektor pelancongan di negara kita pada masa depan. Antara cabaran yang dihadapi
termasuklah persaingan sektor pelancongan dengan negara-negara yang lain. Hal
ini demikian, bukan sahaja negara kita tetapi negara-negara yang lain juga
mengetahui kebaikan dan kepentingan sektor pelancongan terhadap sesebuah
negara. Oleh itu banyak negara mempromosikan pelancongan di negara mereka dan
kita hendaklah bersaing dengan mereka untuk menjadi destinasi utama pelancong.
Oleh itu, kita haruslah membuat persediaan yang cukup untuk menarik para
pelancong ke negara kita.
Persaingan sememangnya wujud dalam mana-mana bentuk
industri atau perniagaan di seluruh dunia. Persaingan yang dihadapi merupakan
faktor utama sama ada untuk menjadikan sesebuah industri itu terus kukuh
mahupun lingkup. Dalam industri pelancongan ini, cabaran yang dihadapi
datangnya daripada persaingan tawaran atau perkhidmatan yang negara mampu
tawarkan dibandingkan dengan apa yang ada pada negara-negara jiran seperti Thailand,
Singapura dan Indonesia. Hal ini disokong oleh keunikan negara masing-masing
dan bagaimana untuk menggunakan tarikan ini sebagai faktor yang menentukan
jumlah kemasukan pelancong.
Bagi
menangani isu ini, kementerian bertanggungjawab perlu lebih proaktif dalam
mempromosikan keunikan Malaysia di mata dunia dengan menjalankan
program-program atau aktiviti yang boleh melonjakkan lagi nama Malaysia di
persada antarabangsa. Sekiranya perancangan yang dibuat lebih baik dari semasa
ke semasa, pelancong akan terus berkunjung walaupun telah melawat negara ini
pada tahun-tahun sebelumnya.
Di
samping itu, pencemaran alam sekitar juga merupakan salah satu cabaran sektor
pelancongan di negara kita pada masa depan. Hal ini disebabkan, pencemaran alam
sekitar kebelakangan ini menjadi semakin buruk akibat sikap tidak
bertanggungjawab segelintir ahli masyarakat dan telah merosakkan kecantikkan
alam sekeliling kita. Pada masa kini, negara kita mempunyai alam sekeliling
yang cantik sekali dan telah menjadi tulang belakang bagi sektor pelancongan di
negara kita. Jika pencemaran alam sekitar menjadi buruk, sektor pelancongan di
negara kita pasti dijejaskan kerana pelancong-pelancong hendak menikmati
persekitaran yang cantik dan bersih bukan yang kotor serta busuk.
Bukan itu
sahaja, kebudayaan tempatan yang semakin dilupai oleh orang ramai juga
merupakan salah satu faktor. Pada era globalisasi ini, terdapat ramai remaja
mengabaikan kebudayaan sendiri dan mempelajari budaya Barat. Remaja hari ini
beranggap bahawa mereka akan diketawai oleh kawan mereka jika mereka mewariskan
budaya daripada nenek moyang mereka. Kebudayaan merupakan faktor yang penting
dalam sektor pelancongan kerana pelancong-pelancong ini ingin merasai
kebudayaan yang tidak sama di negara lain. Banyak kebudayaan tempatan semakin
dilupai seperti permainan, seni persembahan yang tradisional dan
seandai-andainya.
Walau bagaimanapun, Malaysia juga tidak
terkecuali daripada berhadapan dengan pelbagai rintangan yang menjejaskan
industri pelancongan, terutama penyakit yang merebak dalam tempoh 1998 dan
1999. Antaranya wabak denggi di Pulau Pinang, wabak virus Coxsackie B yang mengorbankan lebih empat puluh
orang kanak-kanak di Sarawak, taun di Sabah serta wabak Japanese Encephlitis (JE) yang mengorbankan banyak
nyawa.Semua ini menjadi penghalang kepada kemasukan pelancong ke negara ini
dalam tempoh masa tersebut. Serangan wabak
penyakit SARS pada penghujung tahun 2002 pula telah menjejaskan prestasi
industri pelancongan, terutama sekali di rantau Asia, termasuklah Malaysia. Serangan
ini turut menampakkan ketidaksediaan pihak kerajaan dan swasta untuk menghadapi
cabaran sedemikian.
Konkluksinya,
negara kita akan menghadapi banyak cabaran dalam sektor pelancongan pada masa
depan. Kita sebagai ahli masyarakat haruslah menggemblengkan tangan “bagai aur
dengan tebing” untuk menghadapi segala cabaran masa depan. Marilah
Kita bersama-sama menghadapi cabaran dan menjanjikan sektor pelancongan sebagai
tulang ekonomi di negara kita.
6.0 SISTEM
SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
MALAYSIA
Pada tahun 1972, Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan
Malaysia 1972 telah diluluskan oleh Parlimen dan mendapat persetujuan Diraja
dan dengan ini Perbadanan menjadi sebuah badan berkanun. Ahli-ahli
Lembaga Pengarang adalah dilantik oleh Y.B. Menteri Perdagangan dan
Perindustrian dan adalah bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Perbadanan
dan pentadbiran am mengenai hal ehwal dan urus Perbadanan. Di dalam menjalankan
tugas-tugas yang diperuntukkan, garis-garis yang ditetapkan oleh Perbadanan
adalah seperti memperkenalkan Malaysia di dalam pasaran antarabangsa dan
serantau, menambahkan perjalanan warganegara Malaysia di masa cuti di antara
negeri bagi menggiatkan lagi perkembangan pelancongan dalam negeri menyertai
dalam pembangunan fizikal industri pelancongan, mengadakan perhubungan
perwakilan dan menjalani tugas-tugas yang berhubung dengan pelancongan.
Antarabangsa dan serantau, menempatkan Malaysia sebagai pusat
konvensyen, mengikuti perkembangan pembangunan dan mempastikan keperluan
sekarang dan masa depan bagi pelancong-pelancong dalam negeri dan luar negeri
dan juga membuat pengesyoran bagi pembangunan Wilayah, mengumpul, mengolah
data-data pelancongan dan keterangan-keterangannya bagi penggunaan statistik
pelancongan, mengatur, mengawal dan menentukan Industri Pelancongan berkembang
bagi kepentingan negara.
Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan oleh
pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Aktiviti yang dimaksudkan adalah
seperti pameran kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran
Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi.
Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat
dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan meluas. Penganjuran
sukan bertaraf antarabangsa dapat memperkenalkan negara kepada perwakilan atau
atlet-atlet dari luar negara seterusnya dapat menarik kedatangan pelancong dari
seantero dunia dan membuktikan kepada mereka bahawa Malaysia bukan sahaja
cemerlang dari segi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa tetapi juga
terbilang dalam bidang perlancongan. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara
kita juga akan berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja.
Salah
satu cara sokongan kerajaan dalam meningkatkan industri pelancongan adalah
melalui, fungsi tourism Malaysia. Tourism Malaysia akan memanfaatkan promosi
dan pemasaran digital sepenuhnya melalui penggunaan perkakasan interaktif dan
media sosial yang inovatif untuk menawarkan pengalaman pelancongan yang
disesuaikan mengikut keperluan segmen pasaran khusus. Media sosial akan
digunakan untuk menguasai pasaran pelancong memandangkan pandangan dan ulasan
dalam talian menjadi semakin popular sebagai rujukan kepada pelancong dalam
membuat keputusan pengembaraan. Peserta industri akan digalakkan untuk
memaksimumkan potensi pemasaran digital dengan memanfaatkan platform yang
disediakan oleh Tourism Malaysia. Platform pemasaran akan dipertingkatkan untuk
lebih mesra pengguna, interaktif dan mempunyai kandungan yang menarik dan
relevan.
Pembangunan
dan pelaksanaan produk serta kemudahan secara bersepadu antara agensi Kerajaan
Persekutuan, kerajaan negeri dengan pihak berkuasa tempatan akan
dipertingkatkan. Usaha ini adalah untuk membolehkan kecekapan dan keberkesanan
dalam pembangunan pelancongan secara lestari dengan penggunaan sumber secara
optimum dapat dicapai. Semua projek pelancongan akan dibangunkan berdasarkan
Dasar Pelancongan Negara.
7.0 LANGKAH-LANGKAH
UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN
Memandangkan
Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam bidang pelancongan, inisiatif yang
efisien perlulah diambil untuk memajukan industri pelancongan di tanah air kita
(Tan Wan Hin, Yahya Ibrahim, 2005). Langkah yang primer ialah pihak kerajaan
perlulah memperbanyakkan lagi tempat-tempat pelancongan di negara ini untuk
menggalakkan lebih banyak pelancong antarabangsa datang ke negara kita dan
mengenal pasti tempat-tempat pelancongan yang baru dan menarik di negara ini.
Dengan itu, para pelancong akan mempunyai banyak alternatif tempat-tempat untuk
dilawati. Oleh itu, mereka tidak akan berasa bosan kerana melawat tempat yang
berlainan. Sebaliknya, para pelancong akan lebih meluaskan ilmu pengetahuan
seseorang pelancong itu (Nurul Aminah dan R.Ravendran, 2009).
Diantara langkah-langkah yang perlu diambil dan yang perlu ditekankan
adalah dengan memperbanyakkan tempat pelancongan yang baru serta mengenal pasti
tempat-tempat menarik yang baru,
serta
memajukan kemudahan pengangkutan dan menyediakan kemudahan asas untuk
para pelancong. Selain daripada itu
juga kita seharusnya mengekalkan keamanan negara. Menjalankan promosi secara
besar-besaran juga amatlah perlu untuk memperkenalkan negara Malaysia kepada
dunia luar. Malaysia merupakan
sesuatu negara tropika yang indah, aman dan sedang bergerak ke arah mencapai
status negara perindustrian yang maju. Lantaran itu, tidak hairanlah jika negara ini menjadi tumpuan para
pelancong dari seluruh pelosok dunia dan seantero dunia sejak belakangan ini.
Memandangkan Malaysia mempunyai potensi yang
besar dalam bidang pelancongan, inisiatif yang efisien perlulah diambil untuk
memajukan industri pelancongan di tanah air kita. Langkah yang primer
ialah pihak kerajaan perlulah memperbanyak tempat pelancongan di negara ini
untuk menggalakkan lebih banyak pelancong antarabangsa datang ke negara kita.
Kerajaan Malaysia juga perlulah mengenal pasti tempat-tempat pelancongan yang
baru dan menarik di negara ini dan berusaha utk memajukannya. Dalam kondisi
ini, para pelancong akan mempunyai banyak alternatif tempat-tempat untuk
dilawati. Oleh itu, mereka tidak akan berasa bosan kerana melawat tempat yang
berlainan. Sebaliknya, para pelancong akan lebih meluaskan ilmu pengetahuan
seseorang pelancong itu. Contohnya, bangunan bersejarah di Malaysia, Kota A
Famosa, tugu-tugu lama peninggalan penjajah, Muzium Negara dan lain-lain
perlulah dijaga dan akan menjadi tarikan pelancong dari negara asing. Bangunan
itu telah membuktikan peristiwa bersejarah bahawa negara kita pernah dijajah
oleh negara asing. Dengan ini, dapat memajukan industri pelancangon di
Malaysia. Sistem pengangkutan juga perlu dimajukan kerana ianya merupakan salah
satu langkah yang efektif untuk memajukan industri pelancongan di ibu pertiwi
ini. Dengan ini, sistem pengangkutan yang sistematik akan memudahkan pelancong
asing pergi dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.
Agensi penerbangan haruslah menawarkan
pakej istimewa atau tambang murah untuk pelancong antarabangsa
yang ingin bercuti di Malaysia. Penganjuran kempen oleh Kementerian Pelancongan
Malaysia juga dikatakan dapat meningkatkan jumlah pelancong ke negara ini.
Penganjuran kempen ini dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelancongan dengan membuat
lawatan rasmi ke luar negara bagi mempromosikan kebudayaan dan cara hidup
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya,
lawatan rasmi Yang Berhormat Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen ke Shanghai
sempena dengan Ekspo Dunia 2010. Keadaan ini akan menarik minat pelancong
antarabangsa berkunjung ke Malaysia dan merasai sendiri pengalaman dan keunikan
yang terdapat di negara ini. Selain itu, kempen ‘Malaysia
Truly Asia’ juga dapat menggalakkan pelancong antarabangsa untuk
berkunjung ke Malaysia. Tambahan lagi kerajaan hendaklah memastikan kualiti
servis atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelancong adalah terjamin
mutunya. Kerajaan juga haruslah memastikan agensi pelancongan melatih para
pekerja yang terlibat dengan pelbagai perkhidmatan pelancongan seperti
perhotelan, agensi pemandu pelancong, pengangkutan dan lain-lain. Sebagai
contoh, agensi pelancongan haruslah melatih dan mengupah pemandu pelancong yang
berpengalaman serta fasih bertutur dalam pelbagai bahasa, Ini
untuk memudahkan pelancong dalam mendapatkan maklumat tentang sesuatu
perkara yang menarik minat mereka untuk mengetahuinya secara lebih mendalam.
Selain itu, rakyat
Malaysia haruslah bersikap ramah dan memberi layanan yang baik kepada
pelancong. Pelancong yang dilayan dengan ramah akan merasakan kedatangan mereka
ke tempat tersebut dihargai dan dialu-alukan oleh penduduk di kawasan
berkenaan. Keadaan ini secara tidak langsung akan mendorong mereka untuk membuat kunjungan kembali ke
destinasi tersebut setelah mengimbas kembali saat-saat mereka dilayan dengan
penuh mesra oleh penduduk tempatan.
8.0 RUMUSAN
Perspektif tentang sektor pelancongan di Malaysia
telah menjangkau segmen di luar tarikan keindahan alam semula jadi. Strategi
kepelbagaian segmen tarikan pelancongan memberikan kelebihan kepada Malaysia
untuk menawarkan produk pelancongan yang lebih berdaya saing. Sumbangan sektor
pelancongan terhadap pendapatan negara akan terus meningkat. Kedudukan ekonomi,
politik, sosial dan keselamatan yang baik menjamin bahawa negara ini akan
menjadi pilihan utama pelancong asing. Kedatangan hampir 30 juta pelancong
asing saban tahun membuktikan
bahawa Malaysia memiliki masa depan yang sangat cemerlang dalam sektor
pelancongan. Kini terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan
dilaksanakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua
pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu
kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, bak
kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat
sagunya. Jika tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum
di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh
pelancongan tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan semua
pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi
pelancongan yang terkenal di dunia.
9.0 RUJUKAN
l Badaruddin Mohammad, Nimatul Adha Nordin. (2008). Perancangan
Pelancongan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
l Nurul Aminah, R.Ravendran. (2009). Pelancongan dan
Rekreasi. Teks Tingkatan 4 & 5.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
l Nurul
Ashila Khalid. (2006). Pelancongan Membeli Belah: Kepuasan Pengunjung
Terhadap Kemudahan-Kemudahan Awam Di Pekan Borong Nilai 3, Negeri Sembilan. Latihan
Ilmiah Jabatan Geografi, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
l Portal Rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia, 2015.
l Sulong Mohammad. (2000). Pengurusan Persekitaran
Di Malaysia: Isu Dan Cabaran. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
l Tan Wan Hin, Yahya Ibrahim. (2005). Pelancongan
Pulau di Malaysia. UTHM, Pengajian Tinggi Malaysia.
l Yahya Ibrahim. (2010). Pembangunan Pelancongan Dan Perubahan
Komuniti. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)